Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Majlis Hari Jadi bertukar Trajedi, Belon Hidrogen Meletup Sebabkan Gadis Terbakar Separuh Badan

26 Apr 2018

Majlis harijadi bertukar mimpi ngeri apabila belon jenis hidrogen meletup dan telah menyebabkan seorang gadis melecur separuh badan.

Rakaman menunjukkan letupan tersebut berlaku sebaik sahaja lilin dinyalakan diatas kek hari jadi.  Api yang marak itu mengenai remaja perempuan terbabit serta beberapa orang rakan yang berada dekat dengan meja kek itu.


Kejadian berlaku pada hari Sabtu lalu dan video itu telah tular secara meluas disetiap platform media sosial selepas rakan kepada remaja terbabit memuat turun melalui akaun Facebook miliknya.


Terkejut dengan letusan tersebut, rakaman dilihat hilang kawalan selepas kebakaran itu berlaku dan api yang marak itu hampir menenggelamkan setiap seorang daripada mereka.


Oleh yang demikian, banyak negara telah mengharamkan penggunaan hidrogen dalam belon sejak tahun 1914 kerana sifatnya yang mudah terbakar.

Jadi, berhati-hati dalam penggunaan barang-barang dekorasi mudah terbakar seperti belon hidrogen ini.  Untuk yang tak tahu lagi, belon yang ada dipasaran kita terbahagi kepada dua; belon helium dan hidrogen.  Sifat helium ini lebih ringan daripada udara dan kurang tumpat serta gas helium tidak akan terbakar.  Pun begitu, bila api dinyalakan pada belon yang berisi gas helium ini, belon akan pecah tetap tidak meletup dan terbakar.


Belon hidrogen pula lebih ringan daripada gas helium.  Jika dibandingkan tahap keapungannya, belon hidrogen lebih tinggi.  Namun, gas ini mudah terbakar dan meletop jika terdapat sumber api berdekatan.  Hidrogen bergabung dengan oksigen untuk menghasilkan wap air semasa pembakaran berlaku.  Ramai guna belon hidrogen kerana ia lebih murah berbanding helium.  Tapi murah yang merbahaya.


Oleh itu, ini adalah peringatan kepada semua termasuk para ibu bapa agar sentiasa meletakkan keselamatan sebagai kunci dalam segala hal.  Belon memang cantik kalau jadi deko hari jadi, tapi kalau sampai boleh terbakar tu, cantik lagi ke?

Siakapkeli.my

Sumber: Daily Mail, Sumber Pendidikan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "