Pun begitu, rentetan kejadian itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan pihak syarikat pengimport terlibat untuk mengambil produk tersebut kerana tidak mematuhi Akta Makanan 1983.
Oleh itu juga, Public Health Malaysia melalui laman Facebook mereka telah berkongsi kupasan perihal cacing dalam tin ini dan kesan-kesan kepada tubuh badan jika kita memakannya. Jangan ambil mudah, mari baca perkongsian dibawah, semoga bermanfaat untuk semua orang.
"Terasa was was untuk memesan roti canai sardin dan karipap sardin yang menjadi kegemaran selama ini"
Pengesahan penemuan parasit cacing di dalam produk tin sardin baru baru ini ternyata memberi kesan kepada masyarakat. Produk yang di import dari China tersebut di sahkan mengandungi parasit cacing jenis Anisarkis.
Ikuti pendedahan dari PHM mengenai isu ini.
Nama saintifik bagi cacing ini adalah Anisarkis Simplex. Ia sering ditemui di dalam ikan herring, mackerel, dan sardin.
Ia boleh membesar sehingga 2 cm panjang ,tidak berwarna dan sering ditemui melingkar di dalam perut ikan.
Parasit seperti cacing sememangnya sering di temui didalam perut dan daging ikan dan kebiasaannya, pengguna TIDAK menyedari akan kehadiran parasit ini
Bagaimana Cacing Ini Boleh Menjangkiti Ikan?
- muntah
"Terasa was was untuk memesan roti canai sardin dan karipap sardin yang menjadi kegemaran selama ini"
Pengesahan penemuan parasit cacing di dalam produk tin sardin baru baru ini ternyata memberi kesan kepada masyarakat. Produk yang di import dari China tersebut di sahkan mengandungi parasit cacing jenis Anisarkis.
- Mengapakah terdapat cacing di dalam ikan sardin?
- Adakah parasit ini merbahaya dan mengancam kesihatan?
Nama saintifik bagi cacing ini adalah Anisarkis Simplex. Ia sering ditemui di dalam ikan herring, mackerel, dan sardin.
Ia boleh membesar sehingga 2 cm panjang ,tidak berwarna dan sering ditemui melingkar di dalam perut ikan.
Parasit seperti cacing sememangnya sering di temui didalam perut dan daging ikan dan kebiasaannya, pengguna TIDAK menyedari akan kehadiran parasit ini
Bagaimana Cacing Ini Boleh Menjangkiti Ikan?
- Parasit Anisakis memiliki kitaran hidup yang kompleks dan perlu melalui pelbagai perumah yang berbeza seperti ikan, udang, sotong dan biasanya berakhir di haiwan mamalia laut seperti ikan lumba lumba, ikan paus dan anjing laut.
- Makan ikan mentah dan tidak di masak dengan sempurna meningkatkan risiko jangkitan ini.Ikan yang bersaiz besar biasanya mengandungi jumlah cacing yang lebih banyak. Ikan besar makan lebih banyak dan menelan parasit lebih banyak dan besar.
- Ikan liar yang ditangkap adalah lebih berisiko dari ikan di dalam sangkar
- Antara kawasan yang memiliki kes jangkitan yang tinggi adalah negara Scandinavia, Jepun, Belanda, Spain dan negara sekitsr lautan Pasifik.
- Ya, cacing ini BOLEH menjangkiti manusia dan menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai anisakiasis.
- Dalam tempoh beberapa jam selepas termakan cacing ini, ia akan cuba menembusi dinding usus manusia. Setelah gagal, ia akan terperangkap di usus dan mati. Hal ini akan merangsang imun tubuh yang menyebabkan tindak balas alahan.
- Bagi inidividu yang mempunyai alahan kepada parasit ini, gejala alahan akan muncul seperti gatal gatal dan ruam. Antara gejala lain yang boleh berlaku adalah
- muntah
- Dalam kes yang lebih serius, alahan kepada cacing ini boleh menyebabkan alahan teruk yang boleh menyebabkan kematian.
- Satu satunya cara untuk mencegah jangkitan ini adalah dengan membersihkan ikan dan memeriksa isi ikan sebelum memasaknya.
- Bahagian perut merupakan “sarang” utama cacing ini. Oleh itu, pastikan anda mencuci bahagian ini dengan sempurna.
- Anisakiasis boleh dicegah dengan memasaknya pada suhu lebih tinggi daripada 60 ° C atau membekunya,
- FDA mengesyorkan semua jenis makanan laut perlu di sejuk bekukan serendah -35 ° C selama 15 jam.
- Memerap dan mengasinkan ikan TIDAK akan membunuh cacing ini.
- Anisakis TIDAK mampu bertahan untuk hidup di dalam tubuh manusia, dan akhirnya akan mati.
- Dalam kebanyakan kes, jangkitan itu di rawat denagn mudah berdasarakan gejala pesakit (rawatan simptomatik)
- Walau bagaimanapun,jangkitan boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius seperti usus kecil tersumbat, yang mungkin memerlukan pembedahan
- Rawatan dengan ubat anti cacing biasa juga sangat berkesan membunuh cacing ini.
Walaupun kehadiran cacing didalam ikan adalah sesuatu perkara yang biasa, penemuan cacing di dalam produk makanan yang telah di tin kan membuktikan kegagalan pengeluar produk untuk menjamin kualiti produk makanan keluaran mereka.
Pihak pengeluar produk tersebut TIDAK mencuci dan membersihkan ikan dengan sempurna.
Pihak pengeluar TIDAK memeriksa produk mereka dan memeriksa kualiti produk sebelum di pasarkan.
Sebagai pengguna, isu ini memberi pengajaran untuk kita untuk sentiasa memeriksa makanan yang di beli termasuklah produk di dalam tin.
Sekiranya anda mengesyaki sebarang objek asing di dalam makanan anda, laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tindakan susulan.
Sumber: Public Health Malaysia
Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)co
BalasPadamAJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)