Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Hamil Jangan Amal Makan Telur Mentah Atau Separuh Masak, Risiko Terkena ''Salmonela Enteritis'' Bolah Sebabkan Keguguran

26 Apr 2018
2 ulasan

Korang mesti pernah dengar kan tips orang kongsi kalau nak tambah berat badan, kena amalkan telur ayam mentah supaya otot badan naik lebih cepat. Tak pun anda sendiri yang gemar makan telur separuh masak untuk tujuan yang sama. Yalah, sedap dengan rasa lemaknya ditambah pula kicap. Memang boleh buat kecur air liur la. Tak pun makan dengan roti bakar, menu 'telur goyang' ni dah jadi macam menu wajib untuk bersarapan pagi.

Tapi tahukah anda bahwa, telur mentah dan telur separuh masak sangat bahaya untuk kesihatan diri. Terutama buat mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, kanak-kanak dan wanita yang sedang hamil. Kenapa bahaya? Sebab telur ayam mengandungi bakteria salmonela. Jadi jika ia tidak dimasak dengan sempurna, anda sebenarnya sedang membiarkan perut anda diisi dengan bakteria salmonela.

Apa itu bakteria salmonela? Kalau nak tahu, jom baca perkongsian yang dibuat oleh seorang pakar perubatan, Profesor Dr. Imelda Balchin, Semoga bermanfaat.

Telur mentah dan telur separuh masak.

Ramai ibu yang hamil bertanya saya kenapa saya nasihatkan mereka elakkan memakan telur mentah atau telur separuh masak.

Hari ini saya nak bagi penjelasan kenapa ibu-ibu hamil, kanak-kanak bawah lima tahun, orang-orang tua dan mereka yang kekebalan immune system yang tidak kuat (penyakit HIV, diabetes yang tidak terkawal) tidak digalakkan memakan telur mentah atau telur separuh masak.

ADA DUA SEBAB.

PERTAMA

Dari segi khasiat, telur yang di masak sangat baik untuk kita, tapi telur yang mentah tidak boleh dihadam protin nya dengan sepenuhnya.

Saya dah buat posting di sini berkenaan berapa banyak makanan protin kita perlu makan dan jenis-jenis protin.

https://www.facebook.com/imelda.balchin/posts/10155030301676659

Bila kita makan telur masak, 90% protin boleh dihadam oleh usus manusia, tetapi bila kita makan telur mentah hanya 50% daripada protin telur mentah boleh dihadam. Dari segi khasiat, telur mentah itu tak elok untuk kita. Sila lihat gambar satu.


KEDUA

Dari segi kuman penyakit, telur mentah ialah pembawa kuman bakteria salmonella. Bakteria ini di dapati dari usus dan tahi ayam. Ia boleh masuk ke dalam telur semasa ayam bertelur dan sebelum kulit telur menjadi keras. Untuk mengelakkan pembiakan bakteria ini supaya tidak menjadi banyak, telur-telur mentah sepatutnya disimpan dalam peti sejuk, bukannya di atas rak kedai-kedai runcit. Bakteria Salmonela dihapuskan bila telur dimasak atau dipasteurkan.

Orang dewasa yang kuat kekebalan immune mereka, boleh melawan bakteria ini, jika hanya sedikit sahaja bakteria Salmonela di makan dengan telur mentah atau separuh mentah. Kebanyakan bakteria salmonella ini juga dihapuskan oleh acid di dalam perut. Hanya segelintir yang terlepas masuk ke dalam usus dan kemudiannya masuk ke dalam dinding usus. Di sini, bakteria yang mati akan melepaskan toxin di dalam dinding usus kita.

Kita akan mulai rasa sakit dalam masa 6 hingga 72 jam selepas memakan telur yang mengandungi bakteria salmonella yang hidup. Toxin ini boleh menyebabkan keradangan dalam usus, sakit perut, demam, muntah-muntah dan cirit-birit selama 4 hingga 7 hari. Inilah penyakit Salmonela enteritis. Orang dewasa akan baik dengan sendiri tanpa rawatan sebab immune system kita akan melawan toxin. 


Antibiotik tidak mencepatkan kesembuhan penyakit ini sebab masalahnya ialah toxin yang dilepaskan. Sebab ini lah doktor selalunya tidak memberi antibiotik untuk 'food poisoning'. Pesakit dinasihatkan minum air bersih banyak-banyak sehingga sembuh sendiri.

Tetapi mereka yang immune system lebih lemah seperti ibu hamil (semua immune system wanita menjadi lemah semasa hamil untuk menghalang ibu melawan baka janin yang datangnya dari suami), salmonella enteritis boleh menjadi penyakit yang lebih teruk dan menyebabkan keguguran atau kematian janin.

Jika ibu hamil mendapat salmonella enteritis, keguguran berlaku dalam 80% ibu hamil. Anak-anak kecil pula boleh mendapat sawan jika toxin sampai ke bahagian otak. Ini semua boleh di elakkan dengan memasak telur sebelum dimakan.


Di negara barat, Restoran tidak dibenarkan menjamu telur separuh masak, tapi kita di Malaysia santai saja order 'roti goyang', sebab memang sedap makan telur separuh masak. Undang-undang di negara kita tidak ketat seperti di negara barat, mungkin sebab kita belum lagi dapat Salmonela epidemic seperti di negara barat pada tahun 1970-1980an dimana ramai kematian disebabkan Salmonela. Di Amerika masih lagi terdapat 30 kematian setahun disebabkan telur yang dicemari Salmonela.

Jangan kata di Malaysia tak ada Salmonela. Di Malaysia, kajian ke atas ayam hidup menunjukkan yang 12 dalam 100 ayam membawa bakteria Salmonela. Kajian ke atas makanan mentah pula menunjukkan 39 dalam 100 sample daging ayam mentah mengandungi Salmonela, dan 3 dalam 100 telur mengandungi kuman bakteria Salmonela.


Kalau tak masak ayam betul-betul, boleh terjadi keracunan makanan yang teruk. Tidak ada Restoran yang berani jamu ayam mentah, tidak ada siapa yang berani makan ayam separuh masak. Tetapi ramai suka makan telur separuh masak. Langkah berjaga-jaga jika hendak makan telur separuh masak ialah memastikan telur mentah itu di simpan dalam peti sejuk, dan elakkan menjamu telur separuh masak kepada ibu hamil, kanak-kanak kecil dan orang tua-tua.


Jadi dengan ilmu pengetahuan ini, kita mesti lebih bertanggungjawab untuk memberi nasihat yang baik supaya kita sama-sama melindungi ibu hamil, anak-anak dan warga emas kita, terutama sekali bila telur ayam mentah itu tidak di simpan di dalam peti sejuk.


Untuk bacaan lanjut:

https://www.cdc.gov/features/salmonellaeggs/index.html

https://www.fda.gov/…/FoodborneIllnessContami…/UCM278445.pdf

Prof Dr Imelda,

Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "