Bergelar Jururawat Lelaki, Tak Kisah Pun Nak Panggil 'Sister' Jainal Atau Matron Azizul
Menjadi seorang jururawat sememangnya tugas yang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Ada yang berpendapat bahawa tugas jururawat adalah lebih sinonim dengan kaum hawa yang lebih mempunyai sifat sabar yang tinggi.
Sebenarnya, kehadiran kaum lelaki dalam kerjaya jururawat ini adalah amat diperlukan kerana berperanan dalam membantu tugas di hospital terutamanya hendam menguruskan pesakit yang perlu menggunakan kudrat. Tugas jururawat bukan hanya membantu doktor atau sebagai penolong pakar perubatan malah turut melaksanakan tugas merawat dan menjalankan tugas klinikal.
Menerusi perkongsian Zamri Shahri, mengapa satu konferens Men In Nursing perlu dilakukan dari segi mitos, teori dan realiti. Ikuti perkongsiannya.
MEN IN NURSING : The MYTH, The THEORY and The REALITY
Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan yang menjadikan lelaki dan wanita itu saling melengkapi antara satu sama yang lain.
Ada yang bertanya, adakah jika jururawat lelaki menjadi ketua akan digelar SISTER? Benar, sebab itu kita ada SiSTER Jainal. Jika dinaikkan pangkat lagi, bergelar matron ? Benar, sebab itu kita ada Matron Andy dan Matron Jainal serta Matron Azizul.
Kehadiran lelaki di dalam dunia kejururawatan ini semakin diterima masyarakat walaupun banyak perkara yang masih terlalu subjektif untuk dibincangkan. Malah,jika teliti, banyak jurnal-jurnal dan literature review mengenai men in nursing ini. Ada yang melihat perkara ini sebagai suatu anjakan paradigma yang baik dan hebat sedangkan ada juga yang melihat ia tidak secocok dengan peranan lelaki itu sendiri. Anda boleh baca secara online sekian banyak nya literature review, citation dan jurnal mengenai isu ini.
Oleh itu, saya bercadang untuk mengadakan satu konferens bertajuk MEN IN NURSING : The Myth, The Theory and The Reality . Proposal yang sedang saya siapkan ini akan saya usulkan kepada Nursing Professional Group Snd Bhd (NPG) sebagai penganjur.
Di dalam konferens ini, saya bercadang untuk membawa pelbagai tokoh kejururawatan, agamawan dan Pengurusan Perubatan dalam memberi pandangan dan idea mereka mengenai keperluan jururawat lelaki dan skop pekerjaan mereka di Malaysia ini.
Saya juga bercadang, untuk mengadakan dua slot khas iaitu forum dengan menjemput jururawat lelaki yang berjaya diluar sana seperti mereka yang berjaya membuka Healthcare centre sendiri ( Entrapeneurship), menjadi Para Pengajar Jururawat, Motivator, OSHA (Industry) dan lain-lain lagi bagi berkongsi pengalaman mereka. Dengan adanya perkongsian ini, minda kita akan lebih terbuka apabila melihat keluasan skop kejururawatan dalam pelbagai bidang dan kerjaya.
Saya juga bercadang untuk mengadakan satu slot Walk The Talk bagi membuka peluang kepada para peserta bagi memberikan idea dan berkongsi pengalaman demi memantapkan lagi fungsi lelaki di dalam profesyen kejururawatan ini.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan untuk diusulkan, boleh lah kemukakan kepada saya. Mudah-mudahan dengan satu fikir dan satu matlamat, program ini dapat dilaksanakan.
Pic : Ini adalah gambar Matron Jainal Bin Abdulatip, seorang jururawat lelaki yang paling senior didalam kementerian kesihatan Malaysia buat masa ini. Sekarang ini beliau bertugas di Hospital Duchess Of Kent. Bermula sebagai Assistant Nurse,kemudian menyambung pelajaran nya ke peringkat diploma pada tahun 1995.
Kebanyakan rakan-rakan yang saya tanya mengenai beliau, ramai yang menyifatkan beliau sebagai sorang yang lucu dan mesra serta senang bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan di mana sahaja. Saya juga bercadang untuk mencalonkan beliau sebagai salah seorang speaker untuk konferens itu nanti.
DEAR MATRON JAINAL salute TABIK SPRING BERGOYANG dari saya untuk anda !
SALUTE !!!
#fightfornurses
#MMN
#inunitythereisstreght
Sumber - Zamri Shahri