Mungkin anda pernah lihat iklan-iklan MILO di kaca tv ataupun pernah berpengalaman sekolah dilawati lori MILO kan? Jadi selamat untuk kita katakan, MILO sudah sebati dan menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.
Sebelum kami kongsikan resepi rahsia bancuh air MILO yang sedap dan yang disarankan oleh Nestle, apa kata kita baca sedikit sejarah MILO dan sinonimnya produk ini dengan rakyat Malaysia.
Produk tempatan yang memahami masyarakat
Kenapa MILO? Sejak kali pertama diperkenalkan di Malaysia pada 1950, MILO berjaya menambat hati jutaan rakyat Malaysia dari generasi ke generasi hinggalah hari ini, MILO menjadi minuman wajib setiap kali nak bersarapan.
Umum tahu, sarapan pagi adalah waktu makan yang penting. Jadi dengan hanya secawan MILO bersama menu seimbang yang lain, tubuh badan anda pasti bertenaga untuk menempuhi cabaran harian.
Boleh dikatakan, MILO adalah jenama pilihan setiap isi rumah dan sebahagian daripada sarapan tradisi rakyat Malaysia. Mungkin ada dalam kalangan penggemar MILO hari ini sudah pun bergelar ibu dan ayah, jadi tak hairanlah kalau ada yang pilih untuk ‘mewarisi’ MILO kepada anak-anak pula kan.
Penuh nutrisi untuk memulakan hari anda
Diperbuat daripada barli malt, susu dan juga koko, MILO adalah minuman pakej padat dengan pelbagai khasiat. Barli malt memberi tenaga buat badan, susu pula mengandungi kalsium dan protein. Aroma menyegarkan MILO setiap kali dibancuh hadir daripada koko, sekaligus membangkitkan selera dan merangsang semua naluri anda.
Sebab itulah, MILO memang sangat-sangat sesuai untuk digandingkan dengan sarapan anda setiap hari. Dengan makronutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak, MILO juga kaya dengan gabungan unik 6 vitamin dan juga 3 mineral yang membantu membebaskan tenaga daripada makanan yang anda makan.
Untuk pengetahuan anda, jumlah gula tambahan (sukrosa) dalam setiap 30gram MILO hanyalah lebih kurang satu sudu kecil.
Dalam secawan MILO yang mengandungi 124kcal, iaitu sekitar 6 peratus daripada keperluan tenaga harian yang diperlukan badan (berdasarkan 2000kcal).
Jadi memang sesuai sangat kalau para ibu memilih MILO untuk dihidangkan bersama-sama sarapan pagi untuk anak-anak sebelum mereka ke sekolah.
Dengan semua nutrisi yang ada dalam MILO, anak anda pasti kekal cergas dan tiada masalah untuk kekal fokus di dalam kelas dan juga ketika membuat aktiviti luar kelas.
Saranan Cara untuk menyediakan satu cawan MILO yang sempurna
Setiap air MILO yang dibancuh sememang mempunyai rasa sedapyang tersendiri, contohnya macam air MILO van. Ini berkait dengan cara dan teknik yang betul dan rahsia masing-masing.
Tapi jangan risau, salah satu teknik rahsia untuk bancuh air MILO sedap dan baik tersedap bakal dikongsikan oleh Nestle sendiri.
Malah, teknik ni juga adalah cara yang terbaik untuk anda semua mendapatkan sepenuhnya nutrisi yang ada dalam MILO.
Bagaimana caranya?
Anda cuma perlu menuang sebanyak 200ml air untuk setiap 5 sudu kecil serbuk MILO (30gram).
Nak lagi berkhasiat. gandingkan air MILO yang anda bancuh sendiri ini dengan sarapan seperti bubur ayam, putu mayam ataupun sandwich. Bertambah-tambah khasiat anda dapat.
Pelbagai pilihan MILO ditawarkan
MILO juga menawarkan pelbagai variasi minuman berasaskan koko, sesuai untuk pelbagai aktiviti setiap hari. MILO with Whole Grain Cereal adalah pilihan MILO dengan serat tinggi untuk mereka yang mahu bersarapan ringan tapi memuaskan tanpa mengambil sarapan yang terlalu berat.
Selain itu, anda juga boleh memilih MILO Less Sugar, dimana mengandungi jumlah gula adalah 25 peratus lebih rendah dengan rasa coklat yang ditambah berbanding MILO biasa.
Gaya hidup yang lebih sihat
Sebagai minuman yang membekalkan tenaga untuk rakyat Malaysia kekal aktif, MILO sepanjang 70 tahun menemani kita semua, telah banyak melahirkan jaguh-jaguh sukan tanah air melalui pelbagai program seperti MILO Aktif Negaraku, MILO Hidup Bola, MILO Champions Clinic dan juga MILO Activ Jam Senam Aerobik.
MILO bukan sahaja menjadi sarapan kegemaran kita semua, malah MILO sebenarnya banyak membantu kita untuk merealisasikan potensi sebenar diri kita selama ini.
Jadi, jangan lupa layari laman web MILO untuk anda kekal bertenaga dan cergas selalu sepanjang masa.
.
BalasPadam3ply Disposable Face Mask ‼️
BalasPadamFace Mask.
We have CE certificate ✅ Please do not hesitate to contact us for more info.