Para peniaga yang melanggar peraturan akan dikenakan kompaun tak lebih RM1,000. Selain penyedut minuman, undang-undang ini juga diperuntukkan bagi penggunaan produk berasaskan biodegradasi seperti beg plastik dan bekas makanan.
Bukan sahaja Malaysia, pelaksanaan ini turut dijalankan di kebanyakkan negara luar termasuk Thailand yang mula memperkenalkan straw daripada batang kangkung.
Baru-baru ini turut kecoh di media sosial dengan khabar penggunaan serai akan diperluas bagi menggantikan penggunaan straw plastik. 'Gerakan' ini dilihat serius kerana ia sekali gus dapat mengurangkan sisa plastik yang umum tahu, sukar untuk dilupuskan.
Dah tiba masanya selamatkan bumi kita.
Nestlé Malaysia, Syarikat dan Minuman pertama di Malaysia antara yang pertama membuat inovasi pek minuman mesra alam.
Sejak Disember 2019 lalu, Nestlé Malaysia telah menukar straw plastik kepada straw kertas bermula dengan pek minuman MILO® UHT 125ml. Menarik dan bagusnya inisiatif ini, dijangka 40 juta penggunaan straw plastik dapat dikurangkan dan dalam jangka masa panjang, mereka menganggarkan untuk mengurangkan sebanyak 200 juta penggunaannya dan 65% pembungkusan Nestlé Malaysia direka untuk kitar semula.
Selamat ke straw kertas ni untuk kanak-kanak? Macam mana kalau straw hancur?
Mungkin ada diantara kita terutamanya ibu bapa yang bimbang dengan perkara ini. Jangan risau kerana straw kertas MILO® dibuat daripada kertas yang telah disahkan oleh Majlis Pengawasan Hutan (FSC) dari pembekal bertanggungjawab yang memenuhi garis panduan dan standard yang ketat.
Berapa lama straw kertas boleh digunakan dan seberapa pantas pengguna perlu habiskan pek minuman MILO® UHT sebelum kertas hancur?
MILO® telah melakukan soal selidik menggunakan ptototaip dan mendapati yang straw kertas itu cukup kukuh untuk tempoh yang diperlukan pengguna untuk meghabiskan sesuatu produk.
Banyak kebaikan dan manfaat penggunaan straw kertas ni kepada bumi termasuk dapat melindungi alam sekitar dan hidupan laut yang selalu kita tengok terkorban gara-gara tersangkut plastik.
Berbeza dengan kertas, ia akan terlerai dalam masa yang singkat dan akan hancur lama-kelamaan.
Macam mana nak recycle straw kertas?
Langkah 1 - Flip bahagian tepi
Langkah 2 – Flap bahagian bawah
Langkah 3 - Flat kempiskannya, dan masukkan ke tong kitar semula kertas yang terdekat!
Okay, sebelum tu, mungkin juga ada yang tertanya-tanya,
"Straw dah kertas tapi kenapa pembalut straw tu plastik? Ini jawapannya.
Inisiatif daripada MILO® ini wajar dipuji dan dicontohi supaya kita sama-sama dapat menyelamatkan hidupan marin dan ekosistem daripada pencemaran plastik dengan menggunakan straw kertas mesra alam sekitar ini.
Jom sama-sama kita beli TPek MILO® UHT dan sokong selamatkan bumi kita. Kalau kita tak mulakan, siapa lagi?