Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Sakitlah, Sebab Tadi Ada Kawan Masukkan Jari ''Dalam'' Tu,'' Anak 6 Tahun Jadi Mangsa Cabul, Doktor Ceritakan Pengalaman Sebenar

15 Mac 2018

Jenayah cabul kanak-kanak semakin membimbangkan. Orang rapat di sekeliling pun tidak boleh dipercayai, manakan tidak banyak kes-kes yang berlaku melibatkan ahli keluarga sendiri atau kenalan rapat.

Paling takut, kes seperti yang dikongsikan oleh Dr Hana ini. Beliau berdepan dengan pengalaman sendiri merawat kanak-kanak di usia 6 tahun yang dicabul oleh anak jiran pengasuhnya. Anak itu juga tidak tahu bahawa perbuatan itu salah, hanya apabila ibunya mendapati dia kencing di dalam seluar, barulah semuanya terbongkar.

Alasan sakit untuk kencing kerana ada kawannya memasukkan jari di bahagian alat sulitnya. Mengejutkan juga, perbuatan itu dilakukan oleh kanak-kanak yang berusia 12 tahun, bayangkan betapa anak-anak kita sudah terdedah dengan perbuatan tidak bermoral ini sejak di usia muda.

Mari kita ikuti kisah ini. Semoga apa yang dikongsikan oleh doktor ini dapat memberi manfaat dan pengajaran buat ibu bapa di luar sana. Jangan lupa didik anak anda sejak dari kecil tentang ''kawasan larangan'' mereka agar kejadian sebegini dapat dielakkan.

ANAK UMUR 6 TAHUN TERKENCING DALAM SELUAR. RUPA-RUPANYA…
(YANG ADA ANAK-ANAK, WAJIB BACA SUPAYA TAK JADI MANGSA SETERUSNYA)


Satu petang tu, ada seorang ibu bawak anak perempuan datang ke klinik. Nampak dua-dua macam sihat walafiat. Musykil jugak, sakit apa agaknya ni. Anak dia dah 6 tahun. Comel dan montel.

Lepas tu si ibu pun mulakan bicara.
“Tadi, anak saya ni terkencing dalam seluar Dr. Dia cakap, tempat kencing dia sakit, ada anak jiran pengasuh buh jari dalam tu”

Zass. Bagai terhiris hati saya. Tapi depan patient, remain cool as always.

Adik cuba cerita kat Dr, tadi apa jadi?
Si adik ni senyap je. Tapi masih tersengih sengih. Mata melilau tengok sana sini.

Saya pegang dia, tanya “Sakit ke kat tempat kencing?”
Adik angguk.

Saya sambung, “Tadi kawan buat apa kat tempat kencing?”
Adik cakap “Dia korek”

Mak patient mencelah, “Tak taula Dr, tapi banyak kali tanya, jawapan sama jugak dia bagi. Takkan dia nak menipu, sebab duk jawab benda sama. Lagipun dah besaq ni dia tak penah terkencing dalam seluaq. Tadi tu agaknya dia tahan kencing sebab sakit. Risaulah saya Dr”

Hati ibu mana yang tak luruh, jantung mana yang tak gugur bila balik dari rumah pengasuh anak cerita “Ada kawan lelaki korek tempat kencing”

Kisahnya, adik ni main kat rumah jiran pengasuh. Main dengan budak-budak lelaki, dia sorang je perempuan. Lepas tu anak jiran tu, budak lelaki umur lingkungan 12-13 tahun, ajak masuk bilik.


Ada ramai je lagi ahli keluarga kat ruang tamu masa kejadian tu berlaku, tapi maybe diorang ingat budak-budak ni masuk bilik nak main biasa-biasa. Rupanya ada “permainan kotor luar biasa”. Baru awal belasan tahun, tapi dah pandai mencabul. Agaknya usia macam ni korek-korek, lagi berapa tahun apa pulak yang dia buat kat anak dara orang.

Allahu rabbi. Saya kesian. Kesian kat adik kecil yang tak tau apa-apa tu. Kesian kat ibunya yang penat keluar cari rezeki sampai kena tinggalkan anak pada pengasuh, tapi akhirnya ini yang terjadi. Kesian kat budak lelaki tadi, yang mungkin tak tau benda tu salah. Mungkin dia tak pernah terima didikan sewajarnya. Mungkin dia terdedah pada benda-benda yang tak sepatutnya.

5 LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK ELAK KEJADIAN NI BERLAKU

Apa yang kita sebagai mak ayah boleh buat untuk elakkan benda ni dari berlaku?

1. Didik anak sejak kecil.

Ajar anak lelaki untuk hormat perempuan. Ajarkan anak perempuan maruah diri. Suburkan pendidikan agama dan nilai murni sewajarnya. Kadang-kadang kita terlalu sibuk pagi petang siang malam. Sampai tak tau anak-anak buat apa kat rumah, belajar apa dengan kawan, tengok apa kat smartphone. Be your kids' best friend and mentor.

2. Sentuhan selamat dan tak selamat.

Ajarkan anak-anak kat mana boleh pegang, kat mana tak boleh sentuh. Ingat, bukan anak perempuan je boleh jadi mangsa. Anak lelaki pun kena ajar sama. Bagi kanak-kanak lelaki, ini private partnya: zakar, punggung, bibir dan dada. Bagi anak perempuan: faraj, punggung, bibir dan dada.

3. Dah kena nak buat apa?

Kalau ada yang sentuh juga kawasan larangan, nak buat apa? Ajarkan anak untuk jerit, lari dan adu. Jangan diam, jangan pasif.

4. Term mesti betul.

Ajarkan anak-anak term yang betul untuk faraj dan zakar. Jangan guna “angry bird”, “bunga”, “yu”, “pepek” dan sebagainya. Ini penting sebab kalau terjadi apa-apa dan melibatkan pihak polis/mahkamah etc, keterangan yang jelas perlu diambil.

5. Mak ayah pun agak-agaklah.

Mak ayah jangan buat aksi-aksi “cintan-cintun” depan anak-anak. Tunjukkan kasih sayang dan kemesraan tu boleh, tapi paham-pahamlah. Aksi yang kurang sesuai jangan ditunjuk ke anak-anak. Ada budak berumur 6-7 tahun dah pandai tiru aksi ranjang “ibu ayah” dan buat bersama kawan di sekolah tadika. Nauzhubillah.

3 PERKARA YANG MAK AYAH PERLU BUAT JIKA ANAK-ANAK MENGADU DICABUL/SEUMPAMANYA:
1. Bertenang.

Cuba berlagak tenang. Memang hati kita bergelora, jantung bagai nak meletup, marah, risau, sedih semua bercampur. Of course kita sangat concern, tapi jangan panik dan kalut. Kalau mak ayah tunjukkan drama, anak-anak mungkin lebih trauma.

2. Doktor.

Bawa ke doktor untuk pemeriksaan. Nak tahu jika ada kecederaan yang serius. Bukan saja kecederaan di private parts, tapi doktor juga perlu address kecederaan emosi, kemudian rujuk kepada pakar yang berkenaan jika perlu.

3. Polis.

Laporkan pada pihak yang sewajarnya. Tak perlu meroyan di media sosial. Silap haribulan yang meroyan ni pulak dianggap bersalah nanti. Padahal kita di pihak yang teraniaya. Biar pihak polis yang lakukan siasatan. jangan diamkan walaupun ia berlaku di kalangan keluarga sendiri. Sebab kalau kita tak report, si pelaku mungkin bebas mencari dan membaham mangsa seterusnya.

Please share to others. Ya Allah lindungi anak-anak dan generasi kami.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "