Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tidur Pukul 11 Dah Jadi Rutin," Pelajar Cemerlang Ini Kongsi Resipi Raih 9A Dalam SPM

15 Mac 2018

15 Mac - Seperti semua sedia maklum hari ini adalah tarikh keramat bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan hari ini adalah hari keputusan SPM dikeluarkan.

Tidak lokek ilmu dan sentiasa bertanya kepada guru antara resipi kejayaan seorang pelajar dari masyarakat Orang Asli yang memperoleh 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini, lapor Sinar Harian

Sufiza Majid, 18, dari kampung Orang Asli Guntur, Tengkek antara 128 calon yang berjaya mencipta kecemerlangan di Sekolah Menengah (SM) Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah.

Anak ketujuh daripada sembilan beradik itu memberitahu dia turut mempraktikkan tidur awal bagi memudahkan dia bangun seawal jam 5 pagi untuk mengulang kaji pelajaran.

“Telah menjadi rutin harian saya untuk tidur jam 11 malam dan bangun seawal lima pagi. Rutin ini memberi saya beberapa kelebihan seperti suasana yang nyaman dan tenang, udara yang segar, tiada gangguan, badan yang segar setelah rehat dan memudahkan saya mengingati apa yang dipelajari di sekolah serta di rumah,” katanya.

Sufiza sebelum ini memperoleh 8A dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Meskipun memiliki rekod cemerlang dalam PT3 dan UPSR, dia tidak mengambil enteng peperiksaan SPM sebaliknya memastikan setiap mata pelajaran mencapai keputusan yang seimbang.

“Apabila berlaku keputusan markah yang kurang seimbang dalam mana-mana mata pelajaran, saya akan melakukan penambahbaikan dengan bertanya kepada guru dan rakan-rakan sekelas.

“Saya juga akan memberi penekanan kepada mata pelajaran yang mengalami kemerosotan itu,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    Kontak bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "