Namun begitu, ada ketikanya, sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku. Mungkin sahaja, anda boleh kehilangan passport ketika sedang melancong, dan ini amat membimbangkan kerana urusan untuk pergi dan balik, harus dibuktikan dengan passport.
Bagi mereka yang sedang bercuti, atau ingin bercuti ke negara Jepun, admin kongsikan, bagaimana anda boleh membuat persediaan, jika anda kehilangan passport di negara tersebut. Jom kita tengok, apa yang boleh dilakukan, jika perkara tersebut berlaku. Perkongsian dari saudara Dzulhaidy Abdul Rahim.
1. JANGAN panik. Bawa bertenang jangan BERTENDANG!!
2. HARUS travel ke Tokyo tak kira di mana korang ada pada masa tu!!
3. SIMPAN alamat kedutaan :
20-16 Nanpeidai-cho
Shibuya-ku
150-0036 Tokyo
+81-3-3476-3840
mwtokyo.kln@1govuc.gov.my
Monday - Friday 9.00 a.m - 12.30 p.m / 1:30 p.m - 5.00 p.m
APA YANG PERLU ADA?
Kena ada duit minima untuk 5 hari penginapan. Sebab untuk keluarkan dokumen perjalanan mengambil masa sekurang-kurangnya 1-2 hari bekerja.
RM 50 dalam nilai yen semasa ada kos untuk membuat passport sementara.
a. Salinan passport.
b. Salinan kad pengenalan.
c. Salinan surat beranak.
d. Laporan kehilangan passport.
e. Salinan boarding pass dan juga tiket pulang ke Malaysia.
(a,b,c & e boleh buat salinan siap2 dalam bentuk A4 dan juga scan dan simpan dalam email atau google drive senang nak buat salinan)
p/s : Sumber Rujukan Utama
Mungkin anda sudah boleh membuat persediaan awal dalam menghadapi situasi seperti ini, pastikan anda lengkapkan dokumen yang diperlukan, dan simpan dengan selamat sepanjang anda berada di negara Jepun. Jom melancong dengan lebih berhati-hati. - Siakap Keli