Bila mana ingin membuat pesanan, ada kalanya kita mungkin tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelayan atau barista yang mengambil pesanan kita, dan ini akan menyebabkan berlaku kekeliruan dalam pesanan anda.
Namun begitu, bukan itu sahaja, terdapat beberapa perkara lagi, yang sering kali dihadapi oleh barista dalam melayan karenah pelanggan, terutamanya di Starbucks. Mari kita lihat, luahan barista ini, akan perkara yang perlu diambil tahu oleh anda, sebagai pelanggan, perkongsian dari mana Travel + Leisure. Ianya mungkin jua berlaku di mana-mana Starbucks di Malaysia, dan anda mungkin salah seorang pelakunya.
Sebagai seorang barista yang telah bekerja lama, terdapat beberapa perkara yang membuatkan pekerjaan ini menggembirakan, ianya adalah bila mana terdapat pelanggan yang minta diberi cadangan minuman mana yang terbaik, dan akhirnya mereka sangat menyukainya, atau datang semula mengucapkan terima kasih atas sebab cadangan tersebut.
Namun, walaupun dengan itu semua, terdapat juga perkara yang membuatkan barista terasa sedikit tertekan, dan moga-moga dengan perkongsian ini, anda dapat mengubah cara anda ketika menikmati minuman.
1. Tidak Memberitahu Saiz
Sekiranya anda merupakan pelanggan tetap di mana-mana Starbucks, dan anda menginginkan secawan kopi seperti biasa, anda sudah pasti tidak akan memberitahu kepada barista secara terperinci akan pesanan anda, dengan berpendapat barista itu mengenali anda, dan tahu apa yang anda inginkan.
Tetapi, walaupun begitu, anda perlu memberitahu saiz cawan yang anda inginkan, jika tidak mengetahui akronim yang digunakan Starbuck, Cuma katakan ‘large size’ sahaja, mudah untuk ditulis pada cawan anda nanti. Sangat sukar untuk bertanya berulang kali, dalam pada msa yang sama perlu mengingati pesanan pelanggan.
2. Membuat Pesanan Sambil Bermain Telefon
Jika ingin membuat pesanan, cubalah sedikit beradab, ketepikan telefon anda buat beberapa saat sahaja, untuk membuat pesanan. Bukan sahaja ia kelihatan tidak sopan apabila sibuk bercakap di telefon dan bermesej, tetapi ianya akan memberikan kesukaran pada barista untuk memahami pesanan anda, dan anda juga tidak mengendahkan barista, jika bertanya soalan. Sila, matikan dulu panggilan telefon anda.
3. Membuang Minuman Di Dalam Tong Sampah
Jika barista bertanyakan kepada anda, adakah anda inginkan krim untuk kopi anda, ianya adalah untuk memastikan terdapat ruang yang cukup di dalam cawan untuk diisi dengan susu, ketika membuat minuman anda. Konsep yang mudah bukan? Jika tidak, mengapa masih ada lagi yang membuang sebahagian kopi, hanya semata-mata untuk mengisi susu? Kalau boleh, tolong hentikan tindakan ini. Ianya akan menyebabkan tong sampah penuh dengan sisa air, dan menyukarkan proses pembuangan. Beritahu awal-awal kepada barista yang anda inginkan sedikit susu atau krim untuk minuman anda.
Kita semua pernah melakukan kesilapan bukan, namun jika boleh dielakkan ianya lebih baik. Barista tidak peduli akan keadaan cuaca yang berlaku, sama ada panas atau hujan, dan jika anda inginkan minuman yang sejuk, katakan sahaja, espresso ais. Kami tidak kisah untuk membuat semula, jika anda tersalah kata, tetapi ianya akan melambatkan proses yang lain.
Ianya termaktub juga kepada, “Saya inginkan dengan campuran soya”, atau, “Saya tidak mahukan krim putar.”
5. “Frappe”
“Frappe” hanya terdapat di Mc Donald sahaja, bukan di Starbucks. Jika anda membuat pesan dengan menyatakan frappe, anda mungkin kelihatan pelik pada pandangan barista, dan membuatkan barista kehairanan.
Anda baru sahaja membuat pesanan akan minuman panas sebentar tadi, jadi, espresso ais ini bukanlah anda punya. Espresso ais ini bukanlah anda punya Latte. Barista membuat minuman berdasarkan pesanan yang diambil, jadi pesanan anda tidak mungkin siap, sejurus selepas anda membuat bayaran. Tunggu sehingga nama anda dipanggil, jangan sering kali bertanya, walaupun anda tahu minuman itu bukan yang anda pesan.
7. Tergesa-Gesa
Ianya sama seperti di atas, barista membuat minuman mengikut kepada siapa yang membuat pesanan terlebih dahulu. Ianya sangat tidak wajar, untuk meminta barista membuat pesanan anda terlebih dahulu, hanya kerana anda lewat untuk ke mesyuarat.
Ini turut membuatkan barista terkesima, kerana macchiato sepatutnya tidak dihidangkan bersama ais. Macchiato dalam bahasa Itali bermaksud ‘kesan’, yang menandakan susu dicampur dengan kopi, yang pada mulanya terasa kopi pekat, kemudian secara perlahan-lahan rasa manis susu muncul. Jika anda membuat pesanan, macchiato ais, ianya akan menjadi terbalik, kerana anda akan mula minum dari bahgagian bawah.
Dan ada di antara pelanggan yang mengacau macchiato tadi, ianya telah membuatkan rasa tersebut bercampur, lebih baik anda memesan ais latte sahaja.
Jadi, bagi memastikan anda dan barista sentiasa tersenyum, dan berkomunikasi secara baik, eloklah hindari 8 perkara ini. Jom minum dengan senyuman yang menawan. – Siakap Keli