Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kalau Ada Anak Kecil, Medical Kit Ni Memang Wajib Ada", Ibu Ini Kongsi Kelengkapan Serta Kegunaan Medical Kit Yang Ibu Bapa Perlu Sediakan Untuk Anak

5 Mei 2018

Berapa ramai yang ada emergency atau first aid kit dekat rumah?  Ini sepatutnya menjadi 'must-have item' di rumah jika berlakunya sebarang kemalangan kecil mahupun besar sebelum sempat dibawa ke klinik.  Fungsi first aid kit ini bukanlah untuk merawat sepenuhnya, ia adalah bantuan kecemasan sementara sebelum mendapat rawatan doktor.  Yela kan, berapa jauh pula rumah dengan klinik sebelum nak jumpa doktor?

Sekurang-kurangnya kita sudah mempunyai kelengkapan emergency ini untuk mengurangkan rasa sakit atau membalut luka sebagai bantuan awal kecederaan.  Mungkin ramai diantara kita yang masih tidak sedar akan kepentingan kelengkapan ini di rumah.  Tapi bila jari dah kena pisau atau anak jatuh depan laman rumah, masa tu lah kita kelam-kabut cari bandage, pembalut luka, minyak dan sebagainya.

Kalau first aid kit untuk orang di rumah pun korang takde, apatah pula medical kit untuk anak kan?  Puan Hani Mynis melalui laman Facebook miliknya ini berkongsi kepentingan dan kebaikan untuk ibu bapa menyediakan kelengkapan medical kit anak-anak untuk saat-saat kecemasan di rumah.  Menurut Puan Hani, kit ini tidak terhad untuk diletakkan di rumah, malah boleh juga dibawa ketika jalan jauh atau travel balik kampung dan sebagainya.  Senangkan?  Anak demam boleh terus check temperature daripada medical kit yang dibawa.  Nak tahu lebih lanjut tentang medical kit untuk anak ni, mari kita baca perkongsian Puan Hani dibawah.


via GIPHY

Sebenarnya hani dah pernah kongsi must-have items dalam medical kit anak ni tahun lepas. Tapi kali ni hani kongsi lagi sekali dengan lebih detail penerangan dan kegunaan satu-satu item dalam kit Aqil ni.

Bagi hani, kalau ada anak kecil, medical kit memang wajib ada, lagi2 kalau nak pergi berjalan melancong atau balik kampung. Pendek cerita mmg kena usung bawa pergi mana2 dan barang-barang pun kalau boleh cuba utk selengkap boleh sebab anak kecil ni kadang tak terduga bila dia nak demam, selsema atau tetiba main terjatuh luka pulak lutut

Kalau boleh sediakan satu bekas khas utk anak yang boleh dibawa travel, boleh bekas plastik atau bekas kain (pouch). Hani guna bekas plastik transparent senang nak simpan nampak lebih kemas dalam kabinet ubat hani. Jangan lupa label ya.

So, post ni panjang berjela. Boleh tengok ya apa item yang hani masukkan dalam kotak medical kit Aqil Miqail ni. Kalau ada idea nak tambah apa-apa boleh lah kongsi juga ya

Semoga bermanfaat

P/s: ada sesetengah item dlm ni tak sesuai utk baby bawah dua tahun

Ada juga item yg hani guna masa Aqil baby dan hani masukkn dlm kit ni tp dah tak guna skrg sbb aqil dah besar huhu



Masukkan semua dalam satu bekas. Semua hani sumbat dalam ni pergi berjalan jauh mmg wajib bawa


  • Paling penting ! Termometer. Ini senjata utama hani kiranya. Resah kalau takda termometer atau baterinya mati. Sepanjang empat tahun Aqil, dah macam2 termometer hani cuba dan ini tips hani utk pilih termometer.
  • untuk anak kecil, jangan pilih termometer yg kena measure suhu letak bawah lidah atau ketiak bercinta lah nak dpt kerjasama dia utk ukur suhu bawah lidah dan ketiak dia lelama
  • sebaiknya pilih yang jenis infrared tu. Tala kat dahi terus dapat suhu 
  • sekurangnya yang sukat suhu kat dahi atau dalam / belakang telinga tu. Memadai
  • beli yang jenis digital bukan yang tengok perubahan warna tu. Lebih yakin. Tapi hani ada juga satu incase of emergency bateri low ke apa
  • beli yang ada lampu bila tekan (even waktu malam kita tengok suhu nampaklah nombornya) - yang hani guna skrg takda feature tu tapi dah terbeli guna jelah hehe
  • kalau boleh yang berbunyi amaran kalau suhu anak tinggi melebihi 37.5 (dah demam , low fever). Ataupun keluarkan cahaya amaran. Hani pernah pakai jenis ni sblm ni - terbaik)

Nasal spray

Ni senjata kedua hani. Kalau Aqil selesema, pernafasan tak selesa sbb hidung tersumbat ke apa, hani sembur je dalam hidung dia. Sekarang dah jarang guna sbb dia dah pandai hembus hidung sendiri kalau selsema. Tapi sesekali kena sembur juga haha

Wajib ada kalau anak kecil 3 tahun ke bawah.



Paracetemol syrup

Untuk dia demam, sentiasa restock dalam medical kit Aqil. Sebab dia sejarah sawan semasa demam, bila dia demam hani jadi extra extra cautious. Wajib ada.

Kalau dah buka botol baru ni, mesti hani beli satu yg baru lain sbg back up secpt mungkin.

Kebanyakan ubat syrup kat farmasi skrg dia dah bekalkan cawan dos sesiap, bawa sekali masuk dlm kit.

Semasa membeli kena tengok paracetemol yang dibeli berapa dos nya supaya kita boleh kira sendiri berapa ml nak bagi anak makan (bergantung kepada berapa berat badan anak)



Syringe
Untuk beri anak makan ubat. Tiga2 volume hani adakan (10ml, 5 ml dan 3 ml)



Nappy cream

Walaupun mcm2 jenama, hani rasa ini yang terbaik guna sejak dia baby (masa tu dpt free gift dari hospital). Tak pernah nak tukar jenama lain.

Kalau punggung dia merah ke apa, letak ni tak sampai sehari dah hilang merah nya. 



Antibacterial powder


Kalau dia gatal2 miang2 kat badan, ni wajib hani sapukan. As first treatment lah kiranya.



Botol spray

Untuk isikan air kosong, dan spray dan basahkan rambut dan kepala dia , ketiak, pelipat lutut dan peha masa dia demam. Bantu turunkan suhu. Sbb dia kadang-kadang rimas kalau letak kain kat dahi. Tapi kena paksa juga 



Nasal aspirator

Untuk kegunaan dia masa dia baby-1tahun lebih utk sedut hingus dia.

Tak digalakkan sedut hingus anak dengan mulut ya (walaupun sweet hehe) sbb mulut kita org dewasa ada mcm2 bakteria so its unhealthy and unhygienic

Cara nak guna:

Sembur dulu hidung anak dengan nasal spray (sterimar) tu lepas tu baru sedut dengan nasal aspirator ni. Sekarang dah ada yg auto available kat pasaran hehe yang ni hani guna dah 3-4 tahun lepas masa aqil masih baby.



Calamine lotion

Ni second treatment lepas antibacterial powder tadi haha kalau dia gatal lagi hani try duli sapu calamine lotion ni before bawa ke klinik jmpa doktor. At least bagi sikit kelegaan kat dia sbb lotion ni sejuk lagi2 masa dia kena ruam panas dulu.



Ubat selsema

Ni hani dapat dari klinik. Simpan satu yg belum buka sebagai back up. Sekali dgn cawan dos dia tu. Hani selalu tulis tarikh bila dapat ubat ni kat bawah botol ni.



Aloe vera gel


  • Yang ni , magical! Haha selepas magic span, ni benda kedua yg hani rasa magic haha. Sbb banyak kegunaan dia. 
  • paling hani suka kegunaan dia ialah bila Aqil demam, hani sapukan gel ni kat tapak kaki dia, ketiak, pelipat peha dan bawah lutut, belakang leher (tengkok) dan paling penting kat ubun-ubun (dahi dia). Kesan dia cepat 
  • Sekejap je suhu dia dari 37.9 jadi 37.1 dan turun lagi. Hani ada dua saiz kat rumah. Yg besar dan kecil ni (khas utk travel)
  • kalau masak2 pastu tangan terkena kuali atau periuk panas , cepat2 hani sapu benda alah ni terus tak sakit sejuk je rasa. 
  • kalau kulit tangan kering pun hani guna ni nak lembapkan sikit kulit tangan. Banyak lah lagi 
  • Hani rasa setiap rumah wajib ada aloe vera gel ni. Hehe utk kecantikan pn hani guna. Seminggu sekali hani buat mask aloe vera guna gel ni. Best


Paracetemol suppositories


Penyelamat!

Sebab aqil ada sejarah sawan masa demam, bila suhu dia 38.5 je hani terus guna ni masuk kat punggung dia. Fobia oit huhu tapi kena tahu juga pukul berapa last makan ubat paracetemol syrup tu.

Ni pun ada dua dos berbeza (120 dan 250mg)



Mosquito repellent patch

Benda wajib ada lagi2 kalau bercuti di resort2, bercamping dan kalau balik kampung.

Ini sejenis pelekat yg kita tampal je kat baju, dia keluarkan bau yg boleh repel nyamuk.

Berkesan bagi Aqil, utk org dewasa pn boleh letak kat baju dia 



Kool fever

Selalu hani guna kalau keluar atau on the way nak ke klinik. Untuk maintain suhu rendah, hani letak kat dahi dan kalau dia ada tonsil hani tampal je kat leher. Cool down area situ supaya dia lega sikit (ini ada orang bagi petua kat hani kalau anak tonsilitis).

Haritu hani terbaca letak kat atas tulang punggung pun bagus juga utk cepatkan turun suhu. Hani try juga, ok juga

So kalau dia demam, sekali dua hani letak, kat dahi dan atas tulang punggung.

Hani kalau Aqil demam mmg over sikit paranoid dia hahaha

Risau sejarah mungkin berulang pnya pasal.




Hansaplast

Bila ada anak kecil dah mula dapat kaki dan melasak mmg kena adalah benda alah ni. Tetiba je main lari-lari lepas tu jatuh luka kat siku lah lutut lah 




Aloclair spray untuk ulser

Hani mula mula dapat tahu kewujudan ni masa Aqil kena hfmd dulu. Ada yang suggest guna ni dan hani rasa berterima kasih siapa yang suggest ni hehe sebelum ni kalau ulser hani sapukan gel glycerin tapi habis digigitnya jari hani haha so ni pengganti gel glycerin utk legakan ulser dalam mulut.
Aloclair spray untuk ulser 



Pengetip kuku




Iv kids


Hani guna ni sejak dua tahun lepas bila hani dok cari minyak angin sesuai dan tak panas sngt untuk kembung perut Aqil. Tapi sbnrnya hani guna ni utk mcm2 haha utk spray kat mandian lemon Aqil (kalau dia selesema), untuk urut-urut badan dia lepas mandi, sapu kat perut dia kalau dia sembelit. Saiz dia yg baru ni comel lagi mudahkan nak bawak ke mana dan muat dlm bekas kit aqil ni.

Ni pun kawan hani Rashidah Ahmed suggestkan haha thank you Cda!




Minyak gamat



Normal saline


Untuk basuh luka sebelum hani tampal hansaplast kat luka tu.

Kalau takda ni kat rumah, option lain guna normal saline yg utk mata dan lens tu. Sama je boleh guna utk cuci luka sebelum tampal hansaplast 🤗

Untuk iv kids dan minyak gamat ni hani masuk dlm ziplock kecil baru masuk dlm bekas just takut dia tumpah.




Oral rehydration salt

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "