Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto) Hujan Batu Landa Melaka 20 Minit

14 Sep 2016


Melaka, 14 Sep: Beberapa kawasan di negeri ini dilanda ribut serta hujan batu dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi.

Dalam kejadian 3.15 pagi itu, hujan renyai mulai turun sebelum disusuli dengan kedengaran angin kuat yang membawa hujan ais di beberapa kawasan terutamanya di Sungai Udang.

Menurut Pengawal Keselamatan Sekoalh di Kem Sungai Udang, Zaidi Salim, 49, kejadian berlaku ketika dia bertugas di pos kawalan sekolah tersebut.

"Inilah kali pertama saya melihat hujan batu," katanya.

Zaidi berkata, kejadian itu berlangsung selama 20 minit dan dia dapat mendengar bunyi ais sebesar guli menimpa cermin tingkap pos kawalannya.

Beberapa lagi penduduk di sekitar Sungai Udang turut mendakwa, ketulan ais dipercayai daripada hujan batu bukan hanya berada di luar rumah malah ada yang masuk ke dalam ruang tamu.

Namun apabila dipegang, ais itu cepat mencair.

Sementara itu, kira-kira 135 buah rumah dalam DUN Sungai Udang di sini terjejas akibat dipukul ribut yang membawa hujan batu itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar, 135 rumah terbabit dan enam daripadanya terjejas teruk.

"Dalam daerah Melaka Tengah hanya Dun Sungai Udang terjejas teruk dan kerajaan negeri akan bertindak segera membantu mereka," katanya.









Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "