Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Biarkan Saja Luka Kering, Dah Ada Keruping Eloklah Tu, Ini Antara Mitos Yang Sering Masyarakat Salah Erti, Ketahui Cara Sebetulnya Untuk Merawat Luka

14 Feb 2017
No Comment

Jika mengalami luka kecederaan akibat dari insiden, atau terjatuh, kita sudah pasti akan memberi rawatan untuk mengelakkan dari jangkitan kuman. Kebanyakan dari kita, ibu bapa, atau masyarakat akan membersihkan luka terlebih dahulu, dan menyapu ubat yang sepatutnya pada luka tersebut agar dapat membasmi kuman pada luka.

Namun bgitu, mungkin kerana kurangnya pendedahan kepada masyarakat, ada di antara kita yang tersalah maklumat, atau terkeliru dengan tindakan yang sewajarnya dilakukan dalam merawat luka ini, dan disebabkan itu, luka menjadi lebih teruk.

Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan telah kongsikan antara perkara yang sering dilakukan oleh masyarakat, yang mungkin dilihat betul, tetapi adalah tidak tepat mengenai penjagaan luka ini. Mari kita ikuti perkongsian darinya untuk mengetahui cara yang sebetulnya.


KETAHUI FAKTA-FAKTA PENJAGAAN LUKA INI

1. Lebih dalam luka, lebih sakit

Mitos. Lebih banyak penderia kesakitan terletak pada lapisan paling kulit paling luar (epidermis). Oleh itu luka dangkal seperti luka tersagat, adalah lebih sakit daripada luka tikaman atau luka terbelah.

2. Luka perlu dicuci dengan alkohol untuk basmi kuman

Mitos. Alkohol digunakan untuk membasmi kuman pada kulit yang tiada luka. Pencucian luka dengan alkohol amat memedihkan dan boleh menyebabkan sel di dalam luka akan mati. Ada cucian antiseptik yang lebih mesra luka. Jika luka tiada tanda-tanda jangkitan kuman, hanya perlu cuci luka dengan air saline.

3. Luka kalau dibiar terbuka lebih cepat kering(sembuh)

Mitos. Luka perlu dikekalkan lembap untuk proses pemulihan yang lebih pantas dan elok. Ini kerana sel-sel yang bertanggungjawab untuk proses pemulihan luka memerlukan medium lembab untuk bekerja dengan optimum. Luka perlu ditutup dengan dressing yang sesuai

4. Pembentukan keruping adalah tanda luka sedang pulih dengan baik

Mitos.
Pembentukan keruping tandanya luka dibiarkan terlalu kering. Keruping melambatkan proses pertumbuhan sel baru dan menghalang luka sembuh dengan sekata. Untuk elakkan keruping, luka perlu dikekalkan lembap dengan menutupnya dengan dressing yang sesuai.

5. Jangan makan telur jika ada luka. Nanti luka bernanah

Mitos. Tiada masalah jika anda makan telur. Lagipun untuk proses pemulihan luka memerlukan protin. Apa yang tidak boleh adalah menyapu telur mentah pada luka.

6. Jangan makan kicap jika ada luka. Nanti parut hitam

Mitos. Parut menjadi hitam kerana keradangan pada luka merangsang sel melanocyte menghasilkan melanin (pigmen pada kulit dan rambut). Jangkitan pada luka juga boleh sebabkan parut gelap. Bukan kerana kicap.

7. Mandi laut akan percepat luka sembuh

Di hospital, luka yang tiada jangkitan dicuci dengan air garam(NaCl 0.9%). Namun begitu,ia tidak bermakna air laut baik untuk pemulihan luka. Air laut kadangkala dicemari dengan kuman, maka ada risiko untuk luka dijangkiti kuman. Selain itu kepekatan larutan garam dalam air laut yang sangat tinggi akan menyebabkan sakit pada luka.

8. Jangan tutup luka dengan plaster. Plaster tempat pembiakan kuman

Plaster akan menghalang kuman di persekitaran daripada masuk ke dalam luka. Kebanyakan plaster telah dinyahkuman sebelum dibungkus. Setelah pek dibuka, jangan sentuh permukaan plaster yang akan ditampal pada luka. Tidak mengapa jika ada kuman dipermukaan luar plaster. Asalkan saiz plaster lebih besar daripada luka dan ditukar setelah 2-3 hari.

Luka di hati tiada siapa yang tahu. Mitos. Insan yang prihatin dan peka pasti boleh membaca isi hati anda. Insan spesis ini agak rare, tapi masih wujud. Kalau jumpa, simpan ketat-ketat.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
#perangmelawanmitos

Moga-moga dengan perkongsian ini, kita dapat mengetahui cara yang betul, dan tidak lagi terkeliru tentang cara bagaimana untuk merawat luka ini. Selepas ini, jika anda mempunyai luka, bolehlah rujuk kembali perkongsian ini, dalam merawat luka dengan betul. – Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "