Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Jamal Datang Depan SUK Selangor Lagi, Bawa Van jenazah, Usung Keranda Dan Cangkul 'Serang' Azmin Isu Kedai Judi

14 Feb 2017
No Comment

Selepas aksi bertuala dan aksi demotnrasi urut, nampaknya Datuk Seri Jamal Md Yunos telah tampil sekali lagi tampil di depan pejabat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

Kali ini beliau telah membawa van jenazah, keranda dan juga cangkul di mana beliau telah mempersoalkan ketulusan Kerajaan Selangor dalam urus wang rakyat dan kedai judi.

Beliau juga mempersoalkan daripada manakah sumber-sumber wang yang disalurkan oleh kerajaan negeri kepada skim Mesra Usia Emas sebagai khairat kematian, ini kerana beliau risau ianya datang daripada hasil judi yang diperoleh kerajaan negeri sebagai hasil.

"Saya sebagai rakyat Selangor ingin bertanya, daripada manakah sumber ini(khairat kematian) ini diperolehi, adakah ianya daripada sumber-sumber yang halal yang diberikan kepada waris-waris orang yang telah meninggal dunia selepas usia 6o tahun," katanya dalam satu ucapan di depan SUK. - Siakapkeli.my



Sumber Video: BERNAMA dan SINAR.TV







BACA: (Video) Selepas Tampil Bertuala, Jamal Kembali 'Serang' SUK Selangor, Kini Bawa Katil Dan Tunggang Motosikal Bawa Aiskrim

BACA: (Video) Dengan Hanya Memakai Tuala, Jamal Datang Ke Pejabat Menteri Besar Selangor Nak Tumpang Mandi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "