Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seludup Heroin RM1 Juta Dalam Sebiji Durian

14 Sep 2016
No Comment

KOTA BHARU - Siapa sangka aktiviti penyeledupan menggunakan pelbagai teknik yang cukup licik dan sukar dikesan termasuklah penggunaan buah durian untuk mengisi bahan terlarang itu.

Bekas pengedar dadah, Abdullah (bukan nama sebenar), 47, yang giat mengedar dadah selama empat tahun sehingga 2006 menceritakan pengalamannya menggunakan cara licik untuk menyeledup masuk dadah.

Abdullah ditangkap setelah identitinya didedahkan oleh seorang pelanggannya yang ditahan atas kesalahan

Menceritakan kegiatannya itu, Abdullah berkata dia pernah membawa masuk sebiji durian bersaiz besar yang diisi dengan dadah heroin seberat kira-kira satu kilogram.
 
"Saya pernah membawa masuk sebiji durian bersaiz besar yang diisi dengan heroin seberat kira-kira satu kilogram.  

"Dengan harga pasaran (dadah) di negara ini hampir satu juta ringgit," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Selain durian, aktiviti penyeledupan itu turut menggunakan pelbagai buah-buahan lain seperti nanas, kelapa serta sayuran seperti peria, labu dan sebagainya.

Menurut Abdullah, buah-buahan atau sayur itu akan dipotong rapi, dibuang isi dan biji kemudian dimasukkan dadah atau bahan larangan lain seperti komponen senjata.

Belahan buah-buahan dan sayuran itu kemudiannya digam dengan rapi agar tidak menampakkan kesan.  

Abdullah berkata beliau mula bergiat dalam aktiviti penyeludupan dadah selepas terdesak apabila gagal dalam perniagaan kain dan pakaian.  

Sebelum itu beliau merupakan tukang kayu dan tukang rumah yang banyak menerima tempahan.

Pernah bekerja di Singapura dan berjaya mengumpul sejumlah wang yang kemudian memilih membuka perniagaan menjual kain dan pakaian di Terengganu.  

"Saya ada ramai pelanggan tapi malangnya mereka gagal membayar hutang," katanya.  

Selepas dua tahun, beliau menanggung hutang RM50,000 dengan pengedar di Thailand.  

Katanya, beliau sekeluarga mengalami kesempitan hidup, sehingga satu hari beliau ternampak anak lelakinya yang berumur 13 tahun mengutip tin kosong untuk dijual bagi mendapatkan belanja sekolah.  

Beliau sebak memikirkan nasib keluarganya dan bertekad untuk mendapatkan wang walau dengan apa cara sekalipun.

"Saya akhirnya membuat keputusan berjumpa sepupu di Thailand, seorang peniaga yang kaya raya dengan hasil menjual dadah," katanya.  

Sepupunya mengajar Abdullah, bagaimana untuk mengisi dadah itu di dalam sayur dan buah-buahan dengan membayarnya upah RM100 bagi satu tiub heroin seberat 3.3 gram yang dihantarnya kepada pelanggan di Terengganu.  

"Tidak lama kemudian saya menyeludup 10 tiub, melakukan dua kali penghantaran seminggu. Dalam tempoh dua tahun saya berjaya melangsaikan hutang dengan pembekal kain," katanya.  
Beliau kemudian memilih bekerja dengan ketua pengedar dadah yang lebih besar dari seberang yang memberinya upah yang lumayan.  

Katanya dalam tempoh empat tahun bergelumang dalam aktiviti itu, polis membuat pemeriksaan ke atas kereta dan rumahnya beberapa kali, tetapi gagal mengesan sebarang bukti - sehingga seorang 'pelanggannya' membocorkan identitinya.  

"Isteri saya di luar rumah dan saya berada di dalam rumah pada petang kejadian itu apabila dia menjerit, beritahu polis datang," kata Abdullah mengimbau kembali kejadian berkenaan.  

Beliau yang ketika itu sedang memberi makan burung peliharaannya, berlari ke dapur dan mengambil plastik berisi tiga biji nanas yang mengandungi dadah, dan membuangnya ke dalam selut di bawah rumah melalui lantai yang siap dipotong.  

"Lega saya apabila melihat plastik nanas itu tenggelam di dalam air selut yang sedalam paras lutut. Saya menutup semula lantai itu dan menunggu polis dengan tenang.  

"Ada lima anggota polis. Mereka menggeledah seluruh rumah tetapi tidak menemukan dadah itu. Saya fikir sekali lagi saya terselamat. Namun sebaik mahu pulang, seorang daripada mereka ternampak plastik berisi nanas itu timbul," kata Abdullah.  

Selain dipenjara dan disebat, semua hartanya termasuk barang kemas isteri dan wang simpanan di dalam bank, disita.  

Beliau yang kini telah serik dan insaf, mengajar kanak-kanak di kampungnya mengaji al-Quran.

Sumber : Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "