Terkini: Twitter Umum Akan Tutup Servis Perkongsian Video Vine
28 Okt - Twitter telah mengumumkan bahawa ia akan menutup servis perkongsian videonya, Vine, selepas empat tahun servis itu dilancarkan.
Vine membolehkan pengguna berkongsi video enam saat yang mana ditayangkan secara berulang-ulang.
Twitter tidak memberikan sebab untuk penutupan itu namun pada awal Khamis syarikat itu mengumumkan ia akan memotong 9% dari tenaga kerjanya berikutan kelembapan pertumbuhan platform media sosial itu.
"Dalam masa beberapa bulan lagi, kami akan menghentikan aplikasi telefon pintar itu (Vine)", kata syarikat itu dalam satu kenyataan di laman Medium.
Bagaimanapun syarikat itu berkata pihaknya tidak akan membuang mana-mana video Vine yang telah dimuat naik - sekurang-kurangnya untuk masa sekarang.
"Kami sangat menghargai anda (pengguna), video vine anda dan kami akan lakukan (penutupan) dengan cara yang betul.
"Anda masih lagi boleh mengakses dan memuat turun video Vine. Kami akan pastikan laman web itu sentiasa online kerana kami fikir sangat penting untuk semua menonton bagaimana Vines-Vines tersohor dicipta dan dibuat", katanya.
Sumber: BBC