Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Smart Quran, Lelaki Ini Kongsi Aplikasi Al-Quran Digital Pertama Diiktiraf Kementerian Dalam Negeri Yang Anda Tidak Perlu Risau Untuk Guna

14 Apr 2018

Al Quran dan orang Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan, malah kita sememangnya di tuntut untuk membaca Al-Quran setiap hari sebagai panduan hidup. Tetapi dengan tuntutan harian hari ini, tidak ramai yang dapat meluangkan masa untuk membaca Al-Quran walau cuma satu halaman.

Namun, pada era dunia digital ini, boleh dikatakan hampir semua benda boleh ditemui di atas talian dengan hanya menggunakan telefon bimbit anda sahaja, dan itu termasuk jugalah kitab Al-Quran. Tapi yang menjadi persoalan di fikiran adalah menjgenai kesahihan dan ketetapan penulisan ayat-ayat suci Al-Quran serta terjemahannya. Siapa kah yang menulis dan siapa pula yang mengesahkan penulisan semuala dalam bentuk digital tersebut.

Yelah, ia adalah satu ibadah untuk umat Islam, jadi kita tak nak kalau terbaca ayat-ayat yang disalah cetak atau diselewengkan, jadi bagaimana untuk mendapatkan aplikasi ayat Al-Quran yang sahih jika kita tidak tahu bagaimana nak menentukan kesahihan tersebut kan.

Kini anda tidak perlu risau lagi, menurut perkongsian yang dibuat oleh saudara Najmi Farisham, satu aplikasi Al-Quran  digital telah dibangungkan hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Aplikasi tersebut yang dikenali sebagai Smart Quran boleh dimuat turun melalui atas talian untuk pengguna iOS dan Android secara percuma.

Jom kita ikuti perkongsiannya untuk ketahui lebih lanjut.

Zaman maju ini, sudah terlalu banyak aplikasi al-Quran yang dapat ditemui dan dimuat turun masuk ke telefon pintar masing-masing melalui App Store dan Google Play.

Namun begitu, kadang-kadang timbul juga rasa risau dalam hati, adakah ayat al-Quran yang dimasukkan tidak diseleweng? Ataupun mungkin juga terjemahan ayatnya jauh terpesong dari makna asal?

Disebabkan itulah, kali ini aku nak kenalkan kalian semua dengan satu aplikasi al-Quran hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Lebih dari itu, aplikasi ini telah mendapat kelulusan besar dari pihak Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326). Menjadikan ia satu-satunya (setakat ini) aplikasi al-Quran mudah alih yang diperakui kesahihan maklumatnya oleh pihak berkuasa tempatan.

Bukan senang-senang nak cetak al-Quran ini woih! Lesen itu perlu terutamanya nak banteras golongan yang cuba nak ubah ayat suci al-Quran walaupun hanya satu ayat.

Berikut merupakan keistimewaan dan fungsi aplikasi ini:

1. Susunan ayat mengikut Mushaf Madinah.

2. Interface dan grafik setiap muka surat yang menyelesakan pandangan mata ketika membaca.


3. Pengenalan ringkas bagi setiap surah. Diturunkan di mana dan apakah intipati yang dapat diperolehi daripada surah berkenaan.


4. Menyediakan terjemahan dari Tafsir Pimpinan ar-Rahman bagi setiap ayat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.


5. Suara audio merdu bacaan al-Quran dari imam-imam besar seperti Syeikh Abdullah Ibn Ali Basfar (Imam Masjid Jami' di Jeddah), Syeikh Ali Al-Huzaifi (Imam Masjid Nabawi), Syeikh Ibrahim Al Akhdar (Bekas Imam Masjid Nabawi) dan Almarhum Syeikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf (Bekas Imam Masjid Nabawi).


6. Audio boleh dimuat turun dari muka surat ke muka surat yang lain mengikut suara imam pilihan masing-masing.


7. Pembaca boleh buat carian terus ke halaman yang diingini mengikut ayat, juzuk dan surah.


8. Disediakan mod malam bagi mengelakkan pembaca merasa silau ketika bacaan di tempat gelap.


Aplikasi dengan nama Smart Quran ini boleh dimuat turun secara percuma oleh semua pengguna peranti Android mahupun iOS.

Jemput beramai-ramai muat turun aplikasi ini sebagai salah satu tanda sokongan terhadap usaha yang ditunjukkan institusi agama di negara kita ini. Saiznya tak besar mana pun, dalam 200 MB sahaja. Sesuai untuk pelbagai jenis telefon pintar.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam mencipta aplikasi yang baik ini. Moga ada manfaatnya buat kita rakyat Malaysia.

Sumber : Najmi Farisham
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "