Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Produk Yang Boleh Tambahkan Ketinggian, Manusia Berhenti Membesar Pada Usia 17 Tahun - Pakar Ortopedik

26 Apr 2018

Tular lagi sekali isu seorang selebriti mempromosikan satu produk makanan tambahan yang dikatakan boleh menambah ketinggian.  Pun begitu, menerusi 'fun facts' yang dikongsi melalui Facebook Public Health Malaysia memberitahu, setakat ini tiada lagi mana-mana produk yang dapat menambahkan ketinggian dan manusia terhenti membesar dari segi ketinggian selepas umur tertentu antara 13 hingga 15 tahun bagi wanita, 15 hingga 17 tahun bagi lelaki.

Pun begitu, cara lain untuk menambah ketinggian adalah melalui pembedahan dan memakin kasut tumit tinggi. Doktor Mahyuddin, seorang pakar ortopedik juga pernah berkongsi melalui satu status Facebooknya pada tahun 2016 dimana beliau ada memberitahu bahawa ketinggian manusia bermula apabila mencapai akil baligh dan apabila growth plate telah tutup sepenuhnya ketinggian akan berhenti. Biasanya ini berlaku pada usia 13-15 tahun bagi wanita dan 15-17 tahun bagi lelaki.


via GIPHY

Untuk bacaan lanjut, boleh baca penulisan beliau seperti dibawah dan diharap agar lebih ramai rakyat Malaysia prihatin dan jangan mudah tertipu dengan iklan-iklan promosi yang tidak tahu dimana kebenarannya.  Apa-apa pun berbaliklah kepada yang pakar sebelum memudaratkan diri sendiri.  Jika tidak pasti dengan bahan yang digunakan, kajilah.

Mungkinkah anda menambah ketinggian dengan mengambil Produk Supplement UBAT TINGGI?

Saya ditanya mengenai Ubat Tinggi yang dijual dipasaran. Ubat Tinggi? Terkedu saya. Ramai sebenarnya yang nak jadi tinggi ni, ala2 Angelina Jolie gitu.

Anda ditipu hidup2. Ini MITOS. Jika anda sudah mencapai usia dewasa, ketinggian TIDAK akan berlaku lagi. Apatah lagi produk ini mendakwa boleh menambahkan ketinggian antara 2cm ke 15 cm. WoW! Tingginya saya nanti!



Buat individu & syarikat yang menjual supplement, jika nak dakwa apa2 sekalipun, biarlah ada dasar ilmunya. Bukannya sekadar testimoni semata. Kalau nak juga berdasarkan testimoni, di sini saya share juga testimoni orang yang dah pakai produk ni & TAK TINGGI PUN!

Tahukah anda yang sebenarnya kita boleh tahu anggaran ketinggian kita atau ketinggian anak kita nanti? Mari saya bincang berdasarkan ilmu.

Anggaran Ketinggian maksimum yang kita boleh capai boleh dianggarkan melalui 3 kaedah.

1. Kaedah Umur 2 tahun x 2
2. Kaedah Carta ketinggian
3. Kaedah Potensi Ketinggian Genetik

Kaedah 1 adalah paling mudah. Anda cuma perlu ukur ketinggian anak anda semasa dia berusia 2 tahun, dan anda darab dengan 2. Contohnya, jika pada umur 2 tahun ketinggian anak anda 34 inci, ketinggian pada umur dewasa nanti ialah 64 inci.

Kaedah 2 pula ialah boleh digunakan sekiranya semasa anda membaca artikel saya ni, anak anda telah pun melebihi umur 2 tahun. Anda cuma perlu plot ketinggian anak anda pada usia sekarang & ikut garisan pada graf ketinggian untuk tahu anggaran ketinggian anak anda bila dia dewasa kelak (lihat graf).

Kaedah 3 adalah paling special. Kenapa? Kerana anda boleh merancang ketinggian anak anda sebelum anak anda lahir lagi tau!


Caranya begini:
1. Kira ketinggian isteri anda (ibu)
2. Kira ketinggian suami anda (bapa)
3. Dapatkan purata ketinggian anda & pasangan (ibu & bapa)
4. Tambah 2.5 inci daripada ketinggian purata utk tahu anggaran ketinggian anak lelaki
5. Tolak 2.5 inci daripada ketinggian purata utk tahu anggaran ketinggian anak perempuan

Itulah anggaran ketinggian anak2 anda nanti! So, kesimpulannya, jika nak anak2 tinggi, carilah pasangan yang tinggi!

(Kaedah Potensi Ketinggian Genetik mempunyai ketepatan 68% (plus minus 2 inci) dan 95% (plus minus 4 inci) daripada ketinggian sebenar anak anda)

Ketinggian berlaku secara khususnya pada bahagian growth plate atau physis tulang2 manusia. Dan ketinggian kita bermula apabila kita akil baligh atau menempuh puberty. Apabila growth plate telah tutup sepenuhnya ketinggian akan berhenti. Biasanya ini berlaku pada usia 13-15 tahun bagi wanita & 15-17 tahun bagi lelaki.



Kalau dah usia 20 tahun atau 30 tahun (malah ada yang 50 tahun), itulah ketinggian kita. Walau apa pun yang anda makan sebagai supplement atau ubat, dah tak boleh tinggi lagi dah.

Malah, kita sebenarnya akan menjadi semakin rendah nanti apabila kita semakin tua akibat tulang mereput (Osteoporosis) dan kebengkokkan tulang belakang (Kyphosis dan Skoliosis). Anda boleh baca artikel saya di Malaysian Medical Gazette (www.mmgazette.com) jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Osteoporosis & Skoliosis.

Nasihat saya, kita terimalah ketinggian yang Tuhan dah tetapkan buat diri kita. Cuba bayangkan jika anda hanya secomel dwarves dalam cerita Sleeping Beauty atau setinggi Hobbits dalam Lord of the Rings. Bersyukurlah.

Kalau nak tinggi jugak?

Satu2nya cara nak tinggi selepas anda mencapai ketinggian maksimum ialah melalui pembedahan pemanjangan tulang melalui Teknik Ilizarov. Teknik ini Pakar Ortopedik gunakan bagi membetulkan tulang yang bengkok, memanjangkan tulang yang pendek akibat kemalangan dan membetulkan deformity tangan/kaki. Namun kami TIDAK melakukan pembedahan ini atas sebab Kosmetik di Malaysia.



Dah tu macamana nak tinggi? Jika anda nak tinggi jugak, memang Boleh. Anda boleh pakai kasut tumit tinggi hehe *gurau aje*

Harap dapat kongsikan maklumat ni agar masyarakat kita TIDAK tertipu.

Disclaimer:
1. Saya tiada apa2 kepentingan & tidak berniat menutup periuk nasi sesiapa. Status ini adalah status umum buat semua produk menambah ketinggian.

2. Sebagai Pakar Ortopedik yang mempunyai ilmu mengenai perkara ini, saya tidak boleh biarkan harapan masyarakat yang berkeinginan menjadi tinggi dimanipulasi oleh maklumat yang tidak betul.

3. Ini adalah status peribadi dan tiada kena mengena dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri & pihak hospital.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "