Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berat 'Super Size' Bila Berjogging Kaki Akan Terbeban, Lelaki Ini Kongsi Cara Senaman Berkesan Dan Selamat Untuk 'Super Size'

26 Apr 2018
No Comment

Setiap orang pasti mengimpikan kehidupan yang sihat dengan bentuk badan yang menarik. Kita pasti tidak mahu menjadi bahan jenaka orang lain disebabkan fizikal kita yang terlampau besar. Lebih dari itu, kita pun tak nak badan kita menjadi 'rumah' pelbagai penyakit akibat obesiti yang kita alami. Oleh itu, amat penting sebenarnya untuk kita sentiasa menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan pelbagai jenis senaman.

Tapi, bagi mereka yang dikategorikan sebagai obesiti ataupun yang super size, senaman fizikal manakah yang sesuai untuk diamalkan? Bejogging? Sudah tentu kaki kita tidak dapat membawa beban badan kita yang super size jika kita bergerak untuk jangka masa yang lama. Tambah lagi kalau berlari. Jadi bagaimana?

Apa kata anda ikut saranan yang diberikan oleh Jazli Hassan ini. Beliau yang berjaya mengurangkan berat badannya dari super size kepada saiz yang sangat ideal. Nak tahu teknik yang diamalkannya? Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Dengan ikhlas dan hati terbuka hati mudahan info ini berguna base on pengalaman. Untuk mereka yang ingin turunkan berat badan khas buat super obesiti 100 kg keatas. Antara LARI dan BERBASIKAL mana lebih baik? Baca dan hadamkan tak baca bukan saya yang rugi.

1) Berlari dan berbasikal saya katakan lebih baik anda berbasikal.

Jangan menyeksakan lutut anda. Dalam lutut ada ligament yang bertangungjawab melindungi kepala lutut. Bila kita berlari impak sangat-sangat kuat lagi orang gemuk. kalau berbasikal beban bukan pada lutut tapi kekuatan betis dan peha. Saya dah lalui bukan cerita nak dapat banyak like.

2) Bila anda gemuk lebih baik berbasikal dari berlari sebab berbasikal akan lindungi tapak kaki dari kecederaan.

Kalau berlari impak dia lagi tinggi lagi-lagi kalau tiada knowledge cari membeli kasut lari. Main beli je tanpa melihat structure kaki, lari macam mana, gaya larian. Boleh menyebabkan risiko slip disc, ACL, bileteral knee off dan sakit tumit terlalu tinggi.

3) Berlari dan berbasikal yang paling banyak membakar lemak adalah berbasikal kalau level 100kg keatas.

Sebab kita boleh konsiten jenis latihan lebih lama. Bergantung pada fitness seseorang. Cuba kalau berlari tak sampai 5 minit first lutut akan terasa sakit, tumit, pergelangan kaki dan macam-macam lagi. Last-last give up. Berbasikal just kayuh, berat boleh tukar gear, nak burn more boleh tukar cara kayuhan sambil lindungi aset-aset kaki kita.

4) Nak mudah faham berbasikal dengan berlari mana satu yang baik untuk orang big size.

Kita ada guni 25 kg satu kita angkat dan pikul tengok sejauh mana kita mampu bawa pastu satu lagi kita angkat guni tu berat 25kg juga tolak dengan troli. Dua memenatkan tapi kita bandingkan dari segi jarak kita mampu bawa guni tu dan kesakitan badan kita mana lagi satu pilihan hati. Kalau saya pilih pakai troli.

5) Berbasikal sebenarnya dapat memberikan impak besar lagi proses penurunan berat berbanding kita berlari.

Kerana berbasikal lebih banyak otot-otot berfungsi tapi selamat untuk mereka yang berisiko tinggi. Nak belari boleh tunggu berat kita ringan sikit.

6) Bila kita berbasikal kita lebih tenang penat pun mampu berborak tapi bila kita berlari dah penat tak mampu berkata-kata sebab fokus kita lebih tinggi.

Untuk orang size super ni jangan teruskan dengan berlari sebab daya fokus anda tak tinggi. Inilah punca-punca utama lari sehari tu je la 5 km pastu hangat-hangat tahi ayam. Sebab salah percaturan. Buat apa ikut orang kalau ilmu tak cukup di dada.


7) Satu lagi ramai confuse berlari dengan berjalan. 

Ramai kondem saya katanya saya tak support mereka event lari tak berikan semangat untuk mereka uji diri mampukah habis 10km. Baca baik-baik sini. Ada apa dengan medal finisher kalau seksakan badan. Kita turunkan berat ke tahap sepatutnya kita mampu berlari kita aim target time, buat apa masuk event lari kalau banyak berjalan dari berlari.

Balik tuam ais sana sini tu baru fun run. Apa yang awak buat saya dah lalui..ibarat nak mendaki Everest kena cukup ilmu di dada dan cukup semuanya. Berbasikal lain bila funride kita enjoy distance pun banyak jalan pelbagai berbukit dan sure kita nk kayuh lagi. Yang penting konsisten.

8) Banyak dan kesian saya tengok buat mereka berbadan besar ni berlari kadang-kadang dekat Tasik Shah Alam.

Cara penafasan salah, kasut salah, gaya larian salah yang paling kesian bila dia tak mampu berlari give up. Mulalah lari tak sampai 5km pun air macam minum coca cola la, 100 plus la. Sia-sia je lari. Bukan lari jalan lagi banyak. Kalau berbasikal sure dalam botol air tu air sejuk. Penat angkat botol minum pastu kayuh balik. Pendek kata berbasikal ini melatih mental kita.

9) Dengan berbasikal pelaburan anda ke tahap kesihatan untuk jangka panjang berbaloi lagi mereka yang bersaiz besar ke saiz kecil. 

Dan berbasikal adalah platform untuk anda sampai ke tahap seorang pelari. Doktor pun tak galakkan yang big size berlari impak tinggi. Memang tak nampak hari ni. Tunggu lagi beberapa tahu. Masalah sendi pasti.

10) Berbasikal kita lebih mengeratkan silaturahim sambil bersenam kita boleh mengayuh bersama keluarga.

Dan ini merupakan suntikan moral anda untuk menurunkan berat badan dan mendidik keluarga kita gaya hidup sihat..

Apa saya tulis adalah berdasarkan pengalaman saya menurunkan berat dari 183kg hingga 73kg. Hari ini saya mampu berlari dan berbasikal dalam masa sama. Terima kasih kerana membaca mudahan perkongsian kecil ini berikan kebaikan buat komuniti.

Sumber : Jazli Hassan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "