Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Petua Air Rebusan Pandan Dan Serai Untuk Nyahkan Bau Badan Secara Semulajadi

26 Apr 2018

Tak payah nak sembur minyak wangi berbotol-botol.  Guna saja cara tradisional ini untuk hilangkan bau badan dari dalam dan semula jadi.

Susahkan bila berhadapan dengan orang yang ada bau badan atau kita sendiri yang mengalami masalah ini?  Rasa tak selesa dan setiap kali depan orang, ada yang tutup hidung tahan nafas.  Walaupun dah banyak cara buat, pakai deodoran dan sembur minyak wangi bau tetap macam tu juga.


Bau badan sebenarnya berlaku apabila bakteria yang terdapat pada permukaan kulit menguraikan protein yang terdapat pada lapisan kulit dan peluh kepada asid.

Keadaan asid yang tinggi di dalam peluh menjadi penyebab utama bau badan menjadi busuk. Dua jenis asid yang menjadi faktor penyebab bau badan kita menjadi busuk ialah asid propionik dan asid isovalerik.


via GIPHY

Pun begitu, petua yang dikongsi oleh Puan Wann Rohani ini mungkin boleh membantu mengatasi masalah bau badan sekaligus mewangikan secara semulajadi. Nak tahu bagaimana? Mudah saja, jom kita baca!

Bahan-bahan:
  • 3 batang serai
  • 2 daun pandan
  • 2 mangkuk air
Cara-cara:

Jom ikuti langkah-langkah membuat air rebusan ini.

1. Potong atau titikkan serai dan pandan.

2. Masukkan serai dalam periuk yang dah diisi air. Didihkan serai sampai wangi.

3. Kemudian masukkan daun pandan. Didihkan selama 2 minit dan tutup periuk.

4. Jangan buka tutup periuk bagi mengelakkan semua wangian meruap ke persekitaran. Bila dah agak-agak suam, dah bolehlah minum seperti biasa.
CARA MINUM



Minum air rebusan ini setiap hari pada bila-bila masa. Rasanya tawar-tawar saja, tapi baunya cukup wangi. Tak ada masalah nak meminumnya seperti sesetengah herba lain yang terasa pahit.

Kalau nak keluarkan angin dalam badan, tambahkan sedikit halia yang telah dihiris.

Boleh juga tambahkan air ini dengan 2 liter air kosong. Letakkan dalam peti ais dan minum sepanjang hari. Insha Allah berkesan.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "