Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Ambil Tahu, Bukan Buat Tidak Tahu'', Jururawat Kongsi Jenis-Jenis Vaksin Dan Fungsinya Sering Digunakan Kepada Rakyat Malaysia

26 Apr 2018
No Comment

Sebenarnya, masih ramai dalam kalangan masyarakat kita hari ini, terutama golongan ibu bapa yang sangat menentang suntikan vaksin dengan memberikan pelbagai alasan. Walaupun mereka sedar, nyawa anak mereka sendiri yang dipertaruhkan demi memperjuangkan kepercayaan mereka, golongan anti vaksin ini seolah-olah tidak kisah dengan risiko yang mungkin dihadapi oleh anak mereka.

Walaupun ahli perubatan sudah seringkali memberi hujah bahawa vaksi amat penting untuk setiap orang, namun mereka ini masih tidak mahu menerimanya. Seperti info yang dikongsikan oleh seorang jururawat dikenali sebagai Bel Nawhen, setiap vaksin yang diberi sudah pun mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam mencegah penyakit berbahaya tertentu.

Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah. Semoga bermanfaat untuk anda.



VAKSINASI

Sharing is caring.

Ambil tahu bukan buat tidak tahu.

Mengapa setiap vaksin diberi dan jenis penyakit yang dicegahnya.

Sebagai ibu, bakal ibu serta masyarakat di zaman teknologi masa kini. Mempunyai sedikit ilmu tentang anak-anak terutama vaksinasi yang diterima adalah digalakkan agar anda tahu adakah vaksinasi yang diberi betul mengikut jadual pemberian vaksin yang terkini.

1. BCG adalah Bacille Calmette-Guerin, ia merupakan vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.

2. DTap adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.

3. DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.

4. Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.

5. MMR adalah Measles (campak), Mumps (beguk) dan Rubella.

6. MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.

7. JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.

8. HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.

Komplikasi Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah :

1. Tibi (Tuberculosis): Tibi mengakibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut.

2. Hepatitis B: Hepatitis B boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease) dan kanser hati

3. Difteria: Difteria boleh mengakibatkan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf.

4. Pertussis (batuk kokol): Pertussis menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa maut.

5. Tetanus: Tetanus boleh mengakibatkan kekejangan otot yang membawa kesakitan yang kuat, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.

6. Polio: Polio boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidak upayaan fizikal atau kematian.

7. Penyakit Hib: Penyakit Hib boleh menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglottis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.

8. Measles (campak): Measles boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian.

9. Mumps (beguk) boleh mengakibatkan radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.

10. Rubella, biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa tetapi Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.

Saya kongsi cara cara suntikan serta lokasi untuk suntikan diberi ;

1. BCG - Di bawah kulit lengan kiri

2. DTap/ HiB/ IPV - Suntikan di paha (untuk kanak-kanak dibawah umur 1 tahun) atau Lengan (untuk kanak-kanak yang lebih daripada 1 tahun)

3. MMR - Di otot peha.

Umur 7 tahun, di lengan.

4. HPV - Di otot lengan

5. ATT - Di otot lengan

Oleh kerana musim viralitis masa kini yang semakin menjadi-jadi, masyarakat cenderung berkongsi perkara yang tidak tentu sahih oleh mereka yang tidak bertanggungjawab seterusnya mewujudkan panik.

Saya tahu, ibu bapa masa kini terlalu prihatin dengan keadaan serta kesihatan anak. Nasihat saya, rujuklah kepada mereka yang lebih pakar. JANGAN percaya hanya kepada testimoni entah siapa yang terkadang bukannya menceritakan event sebenar mereka.

Vaksin ni bertindak atas penyakit tertentu sahaja. Ia tidak bermakna satu jenis vaksin, semua penyakit termasuk penyakit 'M' pun boleh halang. Ia MENCEGAH penyakit tertentu sahaja mengikut jenis.

Kenapa Anak Demam Selepas Vaksin?

Anda perlu tahu, demam selepas pemberian vaksin adalah biasa kerana respon tubuh pada vaksin tersebut. Vaksin BUKAN nak cegah demam dan selsema ye awak-awak.

Notakaki;

Bila kita bagi imunisasi percuma.

Dia refuse. Bila dah sakit, nangis pun tak guna. Jangan nak kata takdir jika kita yang pilih untuk mempertaruh nyawa anak sendiri.

Kredit : Bel Nawhen
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "