Aplikasi Whatsapp Di Eropah Bakal Naikkan Minimum Umur Pengguna Dari 13 ke 16 Tahun
Perkhidmatan aplikasi permesejan WhatsApp dilaporakan bakal menaikkan minimum umur pengguna di Eropah dari 13 tahun ke 16 tahun tidak lama lagi.
Pada masa ini, untuk menggunakan aplikasi ini, pengguna haruslah berusia sekurang-kurangnya 13 tahun tetapi firma yang dimiliki oleh Facebook ini bakal merubah peraturannya sebelum peraturan privasi data EU baru yang bakal dikuatkuasakan pada bulan Mei ini.
Pengguna akan diminta untuk mengesahkan umur mereka sebelum bersetuju dengan syarat dan terma yang dilampirkan dalam perkhidmatan baru WhatsApp yang akan datang.
Namun, tidak dapat dipastikan bagaimana had umur pengguna akan disahkan secara betul.
Peraturan Perlindungan Data Umum EU (GDPR), yang mula berkuatkuasa pada 25 Mei, akan memberi orang lebih banyak kawalan bagaimana organisasi-organisasi menggunakan maklumat peribadi pelanggan mereka.
Mereka juga berhak untuk memadamkan data peribadi mereka.
Ia juga termasuk perlindungan khusus untuk kanak-kanak daripada data peribadi mereka diperoleh untuk tujuan pemasaran atau untuk membuat profil pengguna.
Bagaimanapun, aplikasi tersebut merancang untuk mengekalkan had umur minimum 13 tahun di luar kawasan EU.
Sumber- Dailymail