Memilih seseorang untuk dijadikan suami atau isteri tidak mudah. Tersilap pilih pasangan, meranalah hidup. Oleh itu, ada yang menetapkan garis panduan sebelum berkahwin iaitu mahu mendapatkan pasangan yang sempurna mengikut apa yang diinginkan.
Tidak salah mahu memilih calon yang terbaik, tetapi lihat dahulu diri sendiri, adakah anda saling melengkapi satu sama lain atau hanya mengharapkan pasangan untuk menjadi apa yang anda inginkan, memberi apa yang anda mahukan.
Wanita ada yang segelintirnya mahu mencari lelaki yang memenuhi pelbagai kriteria mereka, minta disediakan itu, minta disediakan ini. Sedangkan diri sendiri tidak pula berusaha ke arah itu.
Perkongsian oleh Khairul Hakimin Muhammad melalui laman facebooknya ini mungkin boleh dijadikan renungan buat setiap pasangan. Perkahwinan adalah saling melengkapi keduanya, bukan hanya mengharapkan lelaki sahaja berkorban menyediakan segalanya untuk anda. Semoga bermanfaat.
Semalam lepas meeting di KLCC, kami yang dah tak berapa nak muda ini duk berWhatsapp bisik-bisik nak minum kopi. Penat dalam mesyuarat yang terhidang dengan banyaknya kerja yang perlu dibuat.
Kami duk bersembang tentang 1 posting dari seorang wanita tentang tak mahu bersalin dekat hospital kerajaan. Nak dilayan sebaiknya di Prince Court katanya.
Apa yang diluah itu tak menjadi sebuah kesalahan. Yang salahnya ia diterbitkan di medan yang semua orang boleh baca hinggakan hati dan budi dia terus menampakkan sisi kejahatan materialistik yang kita duk berperang beriya.
Anak-anak hari ini boleh kata lembik dan tak padan dengan teknologi yang sangat laju. Semua benda konon nak selesa, tak nak sakit dan sebagainya. Kalau boleh, bab cari lelaki, dia nak :
Nak suami pakai Honda,
Nak bersalin di Prince Court,
Nak hantaran Iphone paling canggih,
Nak pelamin ala Yuna,
Nak majlis di hotel mewah,
Semua nak nak nak. Namun untuk diri sendiri yang berhabis dari sudut tenaga ke arah itu, tak ada.

Yang bakal suami ini dia boleh berusaha nak beri semua itu, namun dalam hati dia, dia nak:
Isterinya pandai memasak,
Isterinya menjadi ibu kepada anak-anak dia,
Isteri dia bijak melayan dia,
Isterinya memahami dia,
Isterinya menjadi isteri,
Ikutkan, 2-2 belah pihak ada permintaannya. Dan 2-2 boleh sahaja minta dengan baik sekiranya 2-2 itu adalah pasangan suami isteri yang reda, faham dan hadam tentang kasih sayang berumah tangga.
Jika kita kedepankan sesuatu yang kita rasa itulah punca cinta dan istimewa namun benda itu datang dari sudut mewah, harta dan ada sifat nak menunjuk-nunjuk, ketahuilah ia takkan tahan lama.
Cinta ini sesuatu yang sangat tinggi nilainya. Malah sekiranya itu sudah ada di dalam jiwa, terbersalin dalam kereta pun sebuah indah yang tak akan dilupa sampai mati.
Adik-adik, berkahwinlah dan nikmati ruang cinta itu sebaiknya. Sekarang ini, kalau dah bernikah, itupun dah syukur sangat.

Nak cari jodoh pada waktu seperti hari ini seperti mencari jarum di dalam jerami. Itu pun kadang-kadang ada yang tersalah jodoh. Bergaduhlah dan berperanglah hingga naik turun mahkamah.
Macam-macam. Jadinya, sebelum meminta apa-apa, lihat diri sendiri dahulu, pinggan yang kita makan itu pun entah-entah emak yang masih cuci. Inikan nak bersalin di Prince Court.
Adik-adik, pilih bakal suami yang,
Kelakar, untuk kau sentiasa ketawa walau kau penat.
Kuat kerja, untuk kau sentiasa berlapang dada walau hidup kau sesekali susah.
Menghormati orang tua, untuk kau belajar yang dia juga manusia biasa pandai menghormati orang lain.
Beragama, untuk mendidik jiwa kau yang kerap kosong.
Begitulah adik-adik, Bercintalah.
Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
BalasPadamburuan daftar..