Ngeri apabila memikirkan kes kebakaran yang berlaku hingga mengorbankan nyawa. Disebabkan itu, kita perlu berhati-hati dalam menggunakan peralatan eletrik terutamanya kerana bimbang berlaku litar pintas akibat kecuaian sendiri.
Tular di laman facebook, perkongsian oleh seorang gadis Syuhairah Yusof yang mengalami kejadian mencemaskan apabila bilik yang dihuninya hampir terbakar. Puncanya mungkin disebabkan oleh pengecas telefon murah yang dibeli dan caj pula dibiarkan semalaman.
Bayangkan dia hanya mengetahui kebakaran berlaku apabila tidak dapat bernafas semasa tidur. Mujurlah dia terjaga dan melihat api sudah mula marak. Bayangkan apa yang terjadi jika gadis ini tidak sedar? Takut untuk dibayangkan.
Nasihat kami, berhati-hatilah, kerana malang tidak berbau. Untuk selamat, gunakan pengecaj original dan pastikan telefon anda tidak dicaj secara berlebihan. Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan peringatan buat semua.
Allahu. Di beri peluang hidup! Dalam jam 3.30pagi tadi bilik saya hampir terbakar. Saya tersedar bila tak bernafas. Sedar-sedar api dah marak! Api betul- betul sebelah saya. Tak sampai sedepa jaraknya!
Bilik penuh asap.. memang tak bernafas.. Alhamdulilah saya masih boleh bertenang dan cuba padamkan api.
Nasihat saya jangan la beli charger yang rm5 dekat pasar ke apa ke. Biar mahal asal selamat.. Dan jangan biar caj semalaman! BAHAYA!
Alhamdulilah jugak saya tidak cedera yang teruk2 just ada luka n melecur sikit. Terima kasih dekat housemates yang bantu saya keluar kan tilam yang dah terbakar dan bawa ke hospital.
Sumpah fobia. Terbayang kes² orang mati sebab kebakaran ni.
Siakapkeli.my
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877