24 April - Hidup berbilang kaum di Malaysia sudah menjadi resam hidup dalam kalangan rakyat Malaysia. Sambutan perayaan di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun baru Cina serta Deepavali disambut dengan begitu meriah tanpa mengira bangsa asal-usul dan ketururnan.
Menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan satu soalan yang dipetik dari sumber orang ramai yang bertanyakan hukum menghadiri majlis yang menghidangkan arak.
Berikut adalah jawapan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang disokong dengan dalil-dalil yang sahih.
Soalan:
Assalamualaikum SS Datuk Mufti WP. Mohon pandangan hukum dan pencerahan berkenaan menghadiri majlis yang dihidangkan arak. Bagaimana pandangan Islam berkenaan isu ini dan langkah sewajarnya ?
Jawapan:
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Kedudukan Arak dalam Syariat Islam
Dalam kitab Fiqh al-Manhaji (3/75-81), para penulis menjelaskan berkenaan kedudukan arak dalam Islam.
Haram meminum minuman yang memabukkan sama ada arak (خمر), iaitu yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat daripada benda lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
Arahan supaya menjauhi arak adalah lebih kuat daripada tegahan meminumnya. Hal ini kerana tegahan sahaja tidak termasuk tegahan lain yang berkaitan dengannya, seperti melayan seseorang minum, membeli atau menjualnya.
Sementara, arahan menjauhinya pula bermaksud, amaran supaya menjauhi segala perkara yang berkaitan dengan arak, termasuk minum, jual beli, duduk di dalam majlis yang dihidangkan padanya arak, dan seumpamanya.
Hukum Duduk Di Dalam Majlis Yang Dihidangkan Arak
Dalam isu ini, terdapat beberapa hujahan dan nas yang menunjukkan kepada larangan ke atas perbuatan tersebut. Ini berdasarkan satu firman Allah S.W.T:
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ
Maksudnya: Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain.
Surah Al-Nisa’ (140)
Berdasarkan kepada mafhum ayat di atas, perbuatan duduk di dalam sesebuah majlis yang terdapat di dalamnya pengingkaran dan penghinaan kepada ayat-ayat Allah adalah ditegah dan dilarang. Ini jelas ditunjukkan oleh frasa بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ yang datang dengan ‘La al-Naahiyah’ yang membawa hukum haram.
Imam Abu Ja’far al-Thabari Rahimahullah dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini berkata:
وفي هذه الآية، الدلالة الواضحة على النهي عن مجالسة أهل الباطل من كل نوع، من المبتدعة والفسَقة، عند خوضهم في باطلهم
Maksudnya: Ayat ini menunjukkan kepada dalalah yang jelas ke atas larangan duduk bermajlis bersama ahli kebatilan dari segenap jenis lapisan. Dari kalangan ahli bid’ah dan juga golongan yang fasiq, semasa mereka melakukan kebatilan tersebut. Lihat Al-Jaami’ al-Bayan, al-Thabari (9/320).
Selain itu, terdapat juga sebuah riwayat yang jelas dari Nabi S.A.W akan larangan duduk di dalam majlis yang dihidangkan padanya arak. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يشربِ الخمرَ من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يجلسْ على مائدةٍ يشربُ عليها الخمرَ
Maksudnya: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan juga hari akhirat, janganlah dia meminum arak. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia duduk pada hidangan yang diminum padanya arak.
Riwayat al-Haithami (1/283)
Siyaq ataupun konteks hadis di atas jelas menunjukkan kepada pengharaman duduk di majlis yang dihidangkan padanya arak. Ini kerana, lafaz sebelum itu menunjukkan bahawa sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia jangan meminum arak. Larangan meminum arak tidak menunjukkan kepada kemakruhan bahkan kepada keharamannya. Justeru, larangan seterusnya ke atas perbuatan duduk di hidangan yang terdapat padanya arak juga menunjukkan kepada hukum yang sama.
Fatwa Badan-Badan Berautoriti
Berikut kami sertakan beberapa pandangan dan fatwa yang telah dikeluarkan oleh badan-badan berautoriti agama berkaitan isu ini.
Pertama: Dar al-Ifta’ al-Misriyyah
Dalam fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh al-Allamah Jaad al-Haq Ali Jaad al-Haq pada tahun 1979 M, beliau menyatakan berkaitan dengan majlis yang berlangsung padanya pemberian dan penerimaan dadah dengan katanya: Allah memuji hamba-hamba-Nya yang menjauhi majlis-majlis yang melalaikan lagi lagha. Maka Dia berfirman:
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Maksudnya: (Ciri orang beriman) adalah mereka yang memalingkan diri dari perkara yang lagha.
Surah al-Mu’minun (3)
نَهَى رسُولُ الله صلَّى الله عليه وسَلَّم عَنِ الجُلُوسِ عَلَى مَائِدَةٍ يُشربُ عَلَيهَا الخَمْرُ
Maksudnya: Rasulullah S.A.W melarang duduk pada hidangan yang diminum arak di dalamnya.
Kata Syeikh Rahimahullah: Yang diambil faedah dari beberapa nas ini adalah keharaman bermajlis dengan mereka yang melakukan maksiat dalam apa sahaja bentuknya. Ini kerana dalam bermajlis dengan mereka akan berlaku kerosakan terhadap perkara yang Allah haramkan. Dan sesiapa yang bermajlis bersama dengan pelaku maksiat yang melakukan kemungkaran pastilah akan berakhlak dengan akhlak mereka yang buruk (mengikut peribadi mereka). Dan akan mengikut kebiasaan apa yang mereka lakukan daripada dosa seperti minum sesuatu yang memabukkan serta mengkhayalkan.
Kedua: Dar al-Ifta’ Jordan
Dar al-Ifta melalui muftinya Samahah al-Mufti al-‘Am Dr. Nuh Ali Salman Rahimahullah menjawab isu hukum saling menziarahi golongan bukan islam dalam keadaan mengetahui bahawa mereka menghidangkan arak di dalam majlis. Beliau berkata: Haram ke atas seorang muslim untuk duduk di dalam majlis yang dihidangkan padanya arak berdasarkan firman Allah S.W.T di dalam surah al-Nisa ayat ke- 140.
Kemudian beliau menyebutkan kata-kata Imam al-Sarakhsi Rahimahullah: Dikehendaki buat seseorang muslim itu untuk tidak duduk di dalam majlis seumpama ini. Akan tetapi dia mencegahnya dari meminum arak dalam usaha mencegah kemungkaran sekiranya dia mampu untuk melakukannya. Dan dia hendaklah tidak melepasi tempat ini kerana laknat turun ke atas mereka. Rujuk Syarah al-Siyar, al-Sarakhsi (1/57).
Kesimpulan
Sebagai penutup, setelah kami meneliti dan menekuni isu ini dengan sebaiknya, maka kami berpendapat bahawa seorang muslim itu diharamkan untuk duduk di dalam majlis yang terdapat padanya hidangan arak. Hal ini bertujuan untuk menzahirkan syiar dan keizzahan Islam, menjaga maruah dan kehormatan diri, mengelakkan fitnah ke atas diri sendiri, serta menjauhi sebarang perbuatan yang boleh merosakkan akhlak dan keperibadian seseorang itu. Semoga dengan penjelasan ini dapat memberikan manfaat kepada segenap lapisan umat. Ameen.
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
Assalamualaikum,
BalasPadamBagaimana pula membeli barang keperluan harian@runcit di pasaraya atau premis yang juga menjual arak..