Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Dulu Saya Bukan Siapa-Siapa, Harta Pun Tak Ada, Sebab Tu Saya Hargai Dia Sangat-Sangat'', Kisah Lelaki Ini Jadi Inspirasi Untuk Setiap Pasangan

24 Apr 2018

Isteri adalah tulang belakang suami dan begitulah sebaliknya. Pasangan yang baik adalah isteri atau suami yang dapat menerima kekurangan pasangan mereka dan setia di sisi mengharung kesusahan bersama. Namun, berapa ramaikah yang masih berdiri setia dengan pasangan apabila sudah mengecapi kejayaan?

Perkongsian oleh Muhammad Hariz melalui laman facebooknya mungkin boleh dijadikan renungan dan inspirasi buat semua pasangan di luar sana. Dari tiada apa-apa dan bukan siapa-siapa, lelaki ini berjaya membina empayarnya sendiri berkat dari seorang wanita yang setia memberi sokongan di sisinya. 

Tipsnya mudah. Mahu dimurahkan rezeki, hargai dan bahagiakanlah pasangan anda yang pernah melalui jerih payah bersama. Mari kita ikuti kisah seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan renungan buat setiap pasangan. 

Happy Anniversary yang ke 10 isteriku. Semoga hubungan kita ini kekal hingga ke akhir hayat.

Alhamdulillah, sy sangat bersyukur dikurniakan wanita sehebat wanita ini. Dulu sy bukan sape2 pun, harta pun takda apatah lagi rupa, yang ada hanyalah cebisan2 ayat yang manis. Kahkahkah!


Saya ingat lagi, pinjam kereta ayah sy yang dia jarang naik (sebab dah uzur), pergi isi minyak pastu nak start kereta tu semula dah tak hidup. So ramai yg datang memberikan bantuan utk hidupkan kereta tu. Sy malu gilaaa masa tu dah la bawa awek nk dating pastu menyusahkan pulak tapi sy tgk dia okay je, takde nak merungut ke, malu ke.. Dia just cool & ubah topik perbualan supaya sy tak stresss dan lupakan perasaan malu tu.

Yang tadi tu masa zaman sekolah, pastu masa kami sambung belajar dekat Kuantan tu sy diuji dengan hanya mampu pakai kereta yang usianya tua dan selalu rosak.. Masa perjalanan nak balik ke Kota Bharu, kereta ni buat hal ‘overheat’ so berhenti la tepi jalan dekat Cherating untuk tunggu towing datang pickup.

Tunggu dalam sejam lebih towing pun datang pickup dan dia dgn sy naik towing tu sekali balik ke Kuantan semula (tak jadi balik KB). Dia tak ada pun marah pasal kereta tu dan tak malu pun naik towing walaupun orang towing tu drop depan kedai makan yang ramai giler student kolej perhatikan kami. Hahaha.

Dia tak pernah sesekali merungut kesusahan sy, dia hanya beri sokongan je pada sy untuk terus maju. Tak pernah perkecilkan kebolehan sy, sebab tu sy hargai dia sangat2. Syukur sgt2..

Alhamdulillah kehidupan kami semakin lama semakin bertambah baik selepas kahwin pada tahun 2014 dan dikurniakan puteri sulung dalam hidup kami. Anak itu rezeki kan? Dari tak ada apa2 & dulu kami selalu dipandang rendah oleh kawan2 sekeliling, sekarang kami telah banyak mengecapi impian kami yang pada masa dulu kami rasa macam mustahil sgt2..


Kawan2 yg dulu pandang rendah tu, skrg cuba merapat kembali.. Tak apa kami maafkan mereka, sebab mereka lah kami jadi kuat berusaha. Sekarang kami hanya rapat dgn orang yg ada ketika kami susah sahaja, sebab kami memang menghargai org yg ada ketika kami dalam kesusahan.

Sy dapati apa yang menjadikan hidup kami semakin hari semakin baik adalah kami selalu support each other, dalam hubungan kami selalu ada give and take. Gaduh2 tu biasa, tak gaduh tak boleh jugak nanti boring hubungan tu. Kalau nak cerita pahit manis percintaan kami memang panjang dan bykkkkk sgt, hanya orang yang rapat shj yg tahu. Dan jugak orang yang dah biasa follow kami akan tahu perkembangan hidup kami ni macam mana...

Hari tu sy pernah bagitahu, ayat ini amat tepat dalam hidup sy. ''Perempuan diuji bila lelaki tidak mempunyai apa-apa, lelaki diuji bila dia mempunyai segalanya''.

Jadi, sesiapa yang mempunyai pasangan tu hargailah mereka, walaupun sekarang kita diuji dengan segala masalah bantulah pasangan kita dengan sebaiknya. InsyaAllah tuhan akan bantu kita pula. Tak percaya, cubalah!

Isteri yang bahagia itu rezeki, suami yang bahagia itu rezeki. So kalau nak murah rezeki cuba-cubalah bahagiakan pasangan anda.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "