Memilih calon pasangan untuk 'dihalalkan', menjadi teman sehidup semati bukanlah perkara yang mudah. Wajah yang cantik dan tampan sahaja tidak cukup, tetapi perlu dilihat dari segala aspek pasangan tersebut layakkah untuk dibuat suami atau isteri.
Sebagai seorang lelaki, memilih isteri adalah memilih ibu untuk anak-anak, pastinya kita menginginkan seorang isteri dan juga ibu yang terbaik. Isteri umpama tulang belakang yang akan terus menolak suami agar terus melangkah dalam apa jua keadaan pun. Bagaimana jika tersalah memilih isteri? Jika kita jatuh tersungkur, bukan sahaja dia membiarkan tetapi pergi jauh meninggalkan kita.
Apa yang dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad di laman facebook yang mendapat lebih 5 ribu 'share' ini mungkin sahaja boleh dijadikan panduan untuk lelaki di luar sana. Kalau dah rancang untuk ke fasa seterusnya dengan pasangan, apa kata semak dulu 13 ciri ini, adakah ada pada bakal isteri anda? Kalau dah jumpa, jangan lepaskan, nanti rugi !
JANGAN LEPASKAN GADIS INI
Jangan lepaskan gadis yang gayanya sederhana menawan jiwa ini.
1. Tak kisah kita naik moto atau ada kereta tempatan saja. Dia tak malu dengan apa yang kita ada.
2. Minat menyimpan dan faham apa itu pembaziran. "Ish bukan mahal ker minum kat stakbak tu?" soal dia bila kita cakap nak belanja disitu. Jika dia nak mengelak cara halus, dia akan tanya "Dah ada sijil halal ker sini"?
3. Impian kawinnya sederhana, kenduri kawin bukan macam dalam rancangan Nona atau Mahligai Impian. "Malulah bang, saya tak pandai bergaya macam Fazura"
4. Lebih suka cerita nak beli rumah dari beg tangan LV dan gucci yang kawan pejabatnya beli. Baginya, beg tak penting, isi dalam beg lagi penting!
5. Kadang kala belanja kita sebab dia tahu kita tengah perit himpun belanja hantarannya.
6. Makanan yang dia minta semua yang sederhana, bukan yang mahal hipster tetapi cuma rasa macam tayar kereta. Jika makan, pilihan lauknya sederhana bukan tenggiri 16 rasa.
7. Tiap kali hari jadi tak pernah mintak hadiah mahal, "u wish pun i dah bahagia rasanya". Sambil dia lari sembungi bawah meja, malu katanya.
8. Bila tahu gaji kita kecil dia beri sokongan, sambung belajar, berniaga online dan doa agar kita berjaya.
9. Impian cutinya dalam negeri sahaja, paling jauh nak buat umrah dulu baru nak jalan kemana mana.
10. Mereka tak kisah kita ada rumah kos rendah dulu, baru ada rumah mewah. Dia tahu rumah itu keperluan.
11. Masuk waktu solat dia ingatkan kita, dah sembahyang atau nak masuk neraka cepat! .
12. Dia tak kisah nak lahirkan anak di hospital kerajaan, janji anak kita bersama!
13. Bila tanya nak hadiah apa? dia jawab "Nak u jer dalam hidup i". Cair beb...
Tolong bawak mak abah jumpa mak dia cepat cepat. Gadis begini laris dipasaran sekarang. Lelaki setan jer yang tinggalkan gadis sehebat ini.
Azizul Azli Ahmad
Abah Qilah
Siakapkeli.my
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877