Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Milo Tak Salah", Sejauh Manakah Kebenarannya? Dr. Ezairy Beri Penjelasan

24 Apr 2018
Baru-baru ini tular kisah seorang lelaki berkongsi pengalaman melakukan pembedahan Sinus kerana diberitahu oleh doktor yang merawat, penyakit yang dihidapinya itu berpunca daripada tabiat kuat minum Milo dan makanan manis serta berkarbo, menjadikan masalah Sinus yang dialami semakin teruk dari sehari ke sehari.



Namu pun begitu, sejauh manakah kebenaran tersebut? Adakah benar masalah Sinusitis atau radang pada dinding Sinus ini berpunca daripada pengambilan Milo secara berlebihan?



Mari kita ikuti penjelasan yang dikeluarkan oleh Dr. Ezairy M. Sallih melalui laman Facebook miliknya tentang isu ini.  Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua.

Betulkah pesakit sinusitis tidak boleh langsung mengambil MILO sepanjang hidup mereka? Perlu dibuang daripada hidup mereka ke?

TIDAK.

1. Sinusitis boleh berlaku disebabkan oleh banyak sebab. Beberapa punca alahan atau allergen memang perlu dielak oleh pesakit resdung.


2. Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit resdung sebahagian besarnya bergantung kepada pesakit itu sendiri.

3. Apabila seseorang mengalami jangkitan sinus yang akut, mereka perlu menjauhi beberapa perkara. Ini bergantung kepada pesakit sendiri. Umumnya makanan dan minuman seperti alkohol, coklat, produk tenusu, gula dan seumpamanya perlu dikurangkan sehingga jangkitan telah berlalu selepas beberapa minggu. Ini kerana jenis makanan ini boleh membantu meningkatkan pengeluaran lendir yang mengakibatkan keadaan sinus yang berpanjangan.

4. Jika masalah sinus adalah kronik, orang yang dijangkiti perlu mengelakkan jenis makanan untuk tempoh yang lebih lama atau bahkan mengelakkan pengambilan untuk sepanjang hidup mereka untuk mengurangkan kesan jangkitan sinus yang serius, berulang. Ia seperti makanan laut seperti udang, ketam, sotong, sesetengah ikan, ayam dan telur.


via GIPHY

5. Perlu diingatkan. TIDAK semua pesakit akan mengalami alahan pada jenis makanan yang sama.

6. Ada pesakit menjadi teruk resdungnya apabila terdedah kepada habuk. Ada tak boleh kena pada aircond. Ada pula alah pada sotong. Ada pula yang tak ada masalah pada ikan, ayam dan coklat. Setiap kita tak sama.

7. Ubah paradigma dan pemahaman kita. Pak Mail tak boleh makan udang, tak semestinya Pak Atan tak boleh juga. Mereka sama, tapi mungkin tak serupa.

Dr. Ezairy M.Sallih
#doktorhidungtelingatekak
Boleh nak minum milo. Kena berpada-pada. Beringat-ingatlah ya. Makanan minuman bergula lagi berbahaya.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "