Ramai diantara kita yang pernah mengalami situasi dimana rakan atau ahli keluarga yang mengalami sakit mata itu 'dihalau' balik kerana takut sakit matanya berjangkit dengan orang lain. Tak pasal-pasal kena halau kan? Tapi, sejauh manakah kebenaran dengan merenung atau terpandang mata orang yang sakit itu, kita juga boleh dijangkiti?
Pada kebiasaannya, pesakit yang mengalami sakit ini akan di diagnos penyakit konjunktivitis. Ia adalah radang yang terjadi pada selaput konjunktiva dimana terletak dibahagian belakang kelopak mata, berpunca daripada jangkitan bakteria serta virus. Selain itu juga, konjunktivitis boleh disebabkan oleh alahan atau kecederaan yang disebabkan tumpahan bahan kimia pada bahagian mata tersebut.
Tanda-tanda jangkitan konjunktivitis
Pesakit selalunya akan mempunyai tanda:
- mata pedih
- mata gatal
- mata merah
- akan ada cecair kuning jika jangkitan tersebut disebabkan bakteria
- kelopak mata melekat
via GIPHY
Menurut portal The Diagnosa, ia ada menekankan bahawa kepada individu yang mengalami tanda-tanda seperti diatas, disarankan agar segera berjumpa doktor kerana sifatnya yang boleh berjangkit.
Pun begitu, betulkah dengan hanya melihat mata orang yang sakit itu, mata kita juga boleh dijangkiti?
Jangkitan konjunktivitis selalunya berlaku melalui sentuhan langsung kepada cairan yang dikeluarkan oleh mata pesakit sebagai contoh penggunaan tuala yang sama, penggunaan barang peribadi yang mendedahkan orang lain pada kuman tersebut.
Bagi jangkitan yang disebabkan oleh virus, ia boleh disebarkan melalui titisan air dalam udara. Sebagai contohnya seseorang yang sedang mengalami konjunktivitis bersin ataupun batuk, kuman tersebut boleh masukkan ke dalam udara dan pergi ke mata mereka yang berdekatan. Ini juga boleh menyebabkan jangkitan kuman.
via GIPHY
Kesimpulannya, masalah mata merah atau sakit mata atau konjunktivitis tidaklah merebak dengan cara pandang mata pesakit. Kerana kuman tersebut tidak akan sampai ke mata orang lain dengan cara merenungnya. Tetapi ia berjangkit dengan cara yang telah saya terangkan di atas.
Walaubagaimanapun, pesakit yang mengalami masalah ini adalah sangat mudah menjangkiti orang lain. Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk pergi berjumpa doktor jika anda mempunyai masalah tersebut
Untuk bacaan sepenuhnya mengenai konjunktivitis. Boleh rujuk link ini: Konjunktivitis.
Walaubagaimanapun, pesakit yang mengalami masalah ini adalah sangat mudah menjangkiti orang lain. Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk pergi berjumpa doktor jika anda mempunyai masalah tersebut
Untuk bacaan sepenuhnya mengenai konjunktivitis. Boleh rujuk link ini: Konjunktivitis.
Sumber: The Diagnosa
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
Terima kasih kongsikan info ini
BalasPadamPenyakit lemah tenaga batin Evo7ori boleh bantu!