Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Zamihan Setuju Dan Pilih Tarikh Baru Debat Dengan Dr Maza

9 Feb 2016
No Comment

Kuala Lumpur:  Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari dilaporkan telah bersetuju memilih tarikh 17 Februari untuk meneruskan diskusi dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin selepas presiden Aswaja berkenaan meminta tunda kerana ada kerja lain perlu diselesaikan.

Zamihan dalam satu pertemuan memberitahu penganjur membenarkan Dr Asri membawa 100 orang penyokongnya, manakala Zamihan pula 50 penyokong.

"Ana (saya) baru berbincang dengan wakil Datuk Seri Shahidan Kassim dan kami bersetuju untuk adakan debat pada 17 Februari di dewan ICU Jabatan Perdana Menteri, kompleks B pada 9 malam.

"Tajuknya, Ideologi Ekstremisme Agama. Peserta VVIP, VIP dalam kalangan penjawat awam, penyokong Asri 100 orang dan penyokong Zamihan 50 orang saja.

"Formatnya, bentang hujah 20 minit, bidasan 20 minit dan soalan kepada pembentang dengan resolusi, patuhi fatwa autoriti agama, akur enakmen negeri dan jangan menuduh dan membuat tohmahan tanpa bukti," katanya dipetik laporan Harian Metro. - Siakapkeli.my

BACA: Zamihan Minta Tunda Debat Dengan Dr Maza, Ada Urusan Lain
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "