Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Azalina Sokong Kaji Semula OSA, Hukum Penjara Seumur Hidup Pembocor Rahsia Negara

9 Feb 2016
No Comment

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said tampil memberi sokongan kepada Peguam Negara untuk mengkaji semula hukuman Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Menurut Azalina dipetik laporan mStar, kajian semula berkenaan adalah perlu bagi membantu menyelesaikan masalah pelanggaran undang-undang yang melibatkan maklumat sensitif kerajaan dan rahsia negara .

"Bagi saya tidak ada kebebasan mutlak, walaupun di negara-negara seperti Amerika Syarikat. Saya percaya Peguam Negara bimbang dengan kes-kes kebocoran maklumat. Walau bagaimanapun, akhirnya undang-undang itu akan dinilai oleh Parlimen," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina MCA, Isnin.

Sebelum ini, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menyatakan yang beliau kini sedang mempertimbangkan hukuman lebih berat ke atas mereka yang terlibat membocorkan rahsia negara dan mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu.

Apandi dalam cadangan itu dilaporkan kemungkinan mengenakan hukuman penjara seumur hidup
dan 10 kali sebatan untuk pesalah.

Selain itu, wartawan yang didapati melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat yang mereka perolehi juga boleh dikenakan tindakan itu.

Menurut Azalina lagi, berdasarakn jadian cadangan ini adalah tepat pada masanya kerana kini berlaku terlalu banyak kebocoran berlaku sejak kebelakangan ini yang melibatkan maklumat sensitif.

"Terdapat banyak perlanggaran berlaku berkaitan maklumat kerajaan. Di negara lain ia tidak berlaku, tetapi ia banyak berlaku di Malaysia," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa adalah sesuatu yang penting untuk membezakan antara komen yang adil, kebebasan bersuara, pecah amanah dan kebocoran maklumat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "