Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerajaan Negeri Terengganu Jadikan Nina Sebagai Anak Angkat

16 Apr 2016
No Comment

PERMAISURI: Kerajaan negeri Terengganu hari ini telah mengumumkan Woo Nina Grace atau nama Islamnya, Nur Nina Farisha, 19, telah menjadi anak angkat kerajaa negeri, lapor Berita Harian.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, keputusan itu dibuat kerana Nina perlu diberi bimbingan sepenuhnya bagi mendalami Islam supaya sentiasa berada di landasan yang betul.

Menurut beliau, anak kacukan Filipina ini perlu diberikan kemudahan dan bimbingan sewajarnya bagi mempelajari ilmu agama secara mendalam.

"Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAT) akan membantu urusan dan keperluan Nur Nina Farisha dalam perkara ini, termasuk memberi bimbingan agama kerana dia amat berminat dengan Islam. 

"Sebagai saudara baru, dia perlu diberi sokongan kerana banyak perkara akan ditempuhinya," katanya di sini, hari ini.

Nina sebelum ini telah melafazkan Syahadah di hadapan 45 ribu orang hadirin yang dipimpin oleh penceramah terkenal, Dr Zakir Naik di dalam majlis ceramah umum bertajuk 'Muslim Choice - Da'wah Or Destruction' di Kemaman selepas berpuas hati dengan jawapan diberikan pendakwah berkenaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "