Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tolong Henti Fitnah Bekas Suami Saya"

9 Feb 2016
No Comment

SIK - Seorang ibu kepada dua anak dari Kampung Durian Burung disini merayu agar masyarakat berhenti dari melemparkan tohmahan liar kepada bekas suaminya yang baru sahaja meninggal dunia bulan lepas dalam satu kemalangan maut di sini.

Dalam kemalangan yang bertarikh 28 Januari itu, mangsa, Mohd Fandy Harunarshid, 31, maut setelah kereta yang dipandu oleh Harunarshid terbabas sebelum memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori ikan.

Di dalam insiden terbabit, seorang penumpang di dalam lori ikan tersebut parah manakala seorang lagi cedera ringan. Sementara itu seorang lagi penumpang yang berada di dalam kereta yang dipandu oleh Harunrashid turut cedera parah.

Bekas isterinya, Siti Aisyah Muhamad Razli, 26, berkata dia terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang masih memburuk-burukkan arwah berikutan kemalangan tersebut.

Menurutnya, antara tuduhan yang dilemparkan adalah bekas suaminya berada di bawah pengaruh dadah selain tuduhan liar yang lain.

Saya rasa sedih dengan tuduhan sebegini sebab dah 10 tahun kenal hati budi arwah. Mengenai perceraian kami itu kerana suratan dari ALLAH, jodoh kami tidak panjang.

Peribadi arwah juga sangat baik, mudah tolong orang. Dia juga tak lepas tangan membantu saya besarkan anak-anak kami,” katanya.

Tambah Siti Aisyah lagi, kedua-dua anaknya, Muhammad Afif Qayyum, 8, dan Muhammad Qusyairi, 6, masih lagi merindu pemergian bapa kandung mereka sehinggakan selalu mengalami demam panas sejak Allahyarham dikebumikan.

Anak sulung Alhamdulillah dah sihat, tapi anak kedua masih lagi demam. Anak kedua ni kalau teringat kat arwah cepat-cepat baca doa ibu bapa yang diajar guru di tadika,” katanya.

Menurut Aisyah lagi, sebelum ini tanggungan untuk membesarkan anak-anak dibantu bekas suaminya namun kini dia terpaksa melakukannya sendiri.

"Saya ambil upah menoreh dengan ibu dan ayah. Harap-harap dapatlah bantuan daripada mana-mana pihak," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Tambahnya juga, anak sulungnya itu menderita kecacatan otak di sebelah kiri sejak lahir dan tidak boleh melakukan aktiviti berat seperti kanak-kanak lain.

Bagi mereka yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuak kepada Siti Aisyah boleh menyalurkan bantuan di akaun Bank Simpanan Nasional (nombor akaun 02115-29-00018784-5) atas nama Siti Aisyah Mohamad Razli atau menghubunginya di talian 019-5196940. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "