Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jackie Chan Letupkan Bas Berhampiran Parlimen Britain, Penduduk London Mengamuk

9 Feb 2016


BRITAIN - Orang ramai di London dikejutkan dengan letupan bas dua tingkat di atas jambatan Lambeth yang berlaku hanya beberapa meter dari bangunan Parlimen Britain.

Laporan dari Mirro.co.uk menyebut, kejadian yang berlaku pada 11.30 pagi itu sebenarnya hanya satu babak filem terbaru pelakon Jackie Chan yang bertajuk The Foreigner.

Bagaimanapun, penduduk di London mengkritik babak letupan itu kerana dianggap tidak sensitif memandangkan sejarah 13 orang terbunuh akibat serangan bom dalam sebuah bas di bandar itu yang berlaku pada 7 Julai 2005.

Babak letupan itu tidak dimakluman terlebih dahulu kepada semua penduduk berhampiran sehingga ada yang terkejut apabila mendengar letupan itu

"Saya mahu tahu siapa yang luluskan permohonan ini," antara luahan di media sosial.

Difahamkan, penerbit filem tersebut hanya menyebarkan notis makluman menerusi Twitter yang menyatakan babak letupan itu dibuat secara terkawal dan dilakukan pasukan kesan khas untuk filem terbabit. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "