Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Apa Sahaja Kita Maki Pasangan Depan Anak,Mereka Ingat Sampai Dewasa, Sebab Itulah Doktor Ini Pesan Jangan Gaduh Depan Anak

24 Apr 2018
No Comment

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan berumah tangga, pasti ada pasang surutnya. Bukan setiap hari hubungan suami isteri berada di tahap terbaik dan bahagia sentiasa. Pasti ada yang tidak senang di hati, maka jika tidak dikawal dan berbincang dari awal, pasti berlaku pertengkaran dan pergaduhan nanti.

Namun apa yang merisaukan, jika pertengkaran itu terjadi di depan anak-anak. Anak-anak yang mahu membesar dan menerima input daripada pesekitarannya, hanya memerhatikan sahaja ibu bapa mereka bertelagah, saling meninggikan suara dan menyalahkan antara satu sama lain. Lalu, apa yang jadi kepada anak kecil ini? Truma? Mungkin.

Sebab itulah Dr. Taufiq Razif pesan jangan sesekali bergaduh di depan anak-anak. Takut bagi kesan kepada tumbesaran anak-anak terutama dari segi emosinya. Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti perkongsian beliau di bawah.

Jangan Bergaduh Depan Anak

Saya pernah jumpa budak yang mak ayahnya selalu bergaduh. Memang budak tu jadi sangat pendiam dan tak aktif sangat macam budak lain.

Bila saya tanya sepatah, dia jawap sepatah. Dengan saya pun dia macam takut-takut je nak bercakap padahal dah habis lembut dah tu saya bercakap dengan budak tu.

Tapi itulah efek bila mak ayah bergaduh depan-depan anak. Anak tu akan jadi sangat rendah 'self-esteem' dan dia akan rasai diri dia tak berguna ( unworthiness ).

Sebab tu kalau nak bergaduh juga :

1. Kawal dulu emosi kalau anak ada di depan mata. Masuk dulu ke dalam bilik baru la selamat asalkan jauh daripada pandangan anak

2. Elakkan anak dengar kita memanggil pasangan kita dengan gelaran gelaran yang tak elok. Sekali anak dengar kita saling memaki, dia akan rakam perbualan kita tu sampai dia dewasa

3. Elakkan menyalahkan ( blaming ) pasangan di depan anak contohnya " salah awak la ni tak ambil Aiman kat sekolah tadi ". Sebaiknya guna perkataan yang asertif macam ni sebagai alternatif "Kan bagus kalau awak ambil Aiman kat sekolah tadi "

4. Kalau dah terlanjur bergaduh depan anak jangan lupa bagitahu anak yang hubungan kita dan pasangan tak terjejas pun dan bagitahu yang kita tak sengaja nak bergaduh di depan mereka. Baru la anak takde rasa fearful dan insecure. Ingat, anak akan susah dikawal dan susah dinasihati bila mereka rasa tak selamat berada di rumahnya sendiri!

Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri kan? Cuma kena hati-hati sikit la kalau nak gigit lidah tu semasa anak sedang mendengar dan memerhati.

Tolong ajar ilmu ni kat pasangan masing-masing ye. Ilmu ni memang semua mak ayah wajib tahu.

Jom sambung belajar ilmu didik anak di Telegram saya. Klik je link ni t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Dr. Taufiq Razif
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "