Nampaknya Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempat lagi bermadah melalui laman Facebook selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyingkirkan beberapa nama besar dari barisan kabinet kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri yang merupakan orang Johor.
Reaksi TMJ sejak kebelakangan terhadap suasana politik di Malaysia dilihat semakin hangat dengan tindakan yang berani daripada beliau.
Berikut adalah apa yang ditulis oleh beliau di laman Facebook JOHOR Southern Tigers.
Wartawan : Tunku, ada sebarang komen berkenaan bolasepak atau FAM? TMJ : Kalau orang dah nak lemas, najis...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, July 28, 2015
"Tunku, ada sebarang komen berkenaan bolasepak atau FAM?" tanya wartawan.
Soalan itu dijawab dengan bersahaja oleh TMJ: "Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai."
Walaupun itu adalah reaksi Tunku Ismail mengenai FAM, soalan berikutnya daripada wartawan - yang tidak didedahkan identitinya itu - menjadi jawapan beliau lebih menarik.
Wartawan: Apa maksud Tunku?
TMJ: Fikir-fikirkanlah sendiri.
Wartawan: Adakah ini berkenaan bola sepak ataupun berkenaan isu-isu yang lain?
TMJ: (senyum)... Terima kasih.
Sungguh mendalam dan menusuk kalbu ayat kiasan dari TMJ itu. Apapun cuma yang rakyat harapkan barisan kabinet baru yang baru dibentuk ini dapat menjalankan amanah rakyat dengan baik demi kepentingan bersama. - Siakapkeli.my