Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagaimana Untuk Katakan 'Tidak' atau 'Tak Boleh' Dengan Lebih Sopan dan Berkesan

28 Jul 2015
No Comment


Tidak atau tak boleh. Itu perkataan yang paling sukar untuk dilafazkan oleh seseorang kepada individu-individu lain.

Ini kerana perkataan ia adalah perkataan negatif dan sekiranya diungkapkan, ia mungkin boleh mengguris perasaan seseorang yang kita sayang atau kenali. Tidak dapat dinafikan, perkataan TIDAK memerlukan kekuatan dan kenyakinan tinggi untuk disebut.

Sekiranya anda seorang bapa atau ibu, sudah tentu anda tidak mahu mengguriskan hati anak anda dengan mengatakan tak boleh di saat dia meminta sesuatu. Sekiranya anda di pejabat, dan bos anda meminta anda membuat sesuatu di luar bidang kemahiran anda, adakah anda akan mengatakan tak boleh kerana ia akan menurunkan reputasi anda? Dan sudah tentu sukar untuk melafazkan kata tidak sekiranya teman wanita anda mengajak anda menonton wayang walaupun anda sudah berjanji dengan rakan-rakan untuk melepak bersama.

Sebenarnya, ada cara yang lebih sopan dan gentlemen untuk mengatakan perkataan yang negatif ini. Sebelum kami kongsikan tekniknya, persepsi anda tentang perkataan ini perlu diubah terlebih dahulu. Anda perlu memikirkan perkataan 'Tidak' ini sebagai pelindung dan bukannya satu perkataan yang negatif. Seperti contoh, anda tidak boleh memberikan anak anda aiskrim kerana ia boleh merosakkan gigi.

Teknik Mengatakan Tidak Dengan Lebih Sopan & Berkesan

1 - "Sekarang ni, aku ade benda penting nak buat".

Teknik ini sangat berguna jika anda ingin mengelak satu-satu ajakan. Dengan meletakkan perkataan penting, seseorang itu akan tahu anda kini dalam satu-satu hal yang tidak boleh untuk diselesaikan.

2 -  "Bagaimana kalau lain kali"

Kalau kawan-kawan anda mengajak anda melepak atau keluar minum, tetapi anda tidak boleh disebabkan oleh satu-satu hal, pastikan anda menolak dengan memberikan satu tarikh yang lain. Ini akan mewujudkan pandangan anda masih lagi mahu melepak dengan mereka.

3 - Tunjukkan anda memang berminat, tapi...

Untuk mengelakkan seseorang dari terguris, tunjukkan anda berminat dengan apa yang ditawarkan olehnya sebelum menolak. Sebagai contoh, datang seorang jurujual menawarkan produk untuk anda. Apa yang boleh anda lakukan untuk menolak tawaran itu dengan lembut adalah dengan menyatakan anda berminat tetapi tidak boleh dengan alasan.

4 - "Nanti aku fikir, nanti aku bagitahu balik"

Ini satu teknik yang digunakan yang bertujuan untuk melengah-lengahkan. Teknik ini lebih lembut dari teknik nombor 2, tetapi pastikan anda menghubungi individu itu kembali. Jika tidak, malapetaka akan timbul antara anda dan individu tersebut.

5 - "Bagi nombor @ Bisnes kad"

Seseorang individu sangat berharap agar diri mereka dihargai. Jadi, satu teknik untuk mengepikan perasaan terguris apabila mengatakan tidak adalah dengan menunjukkan anda sangat tertarik dengannya dan akan menghubunginya kembali.

6 - "Saya kurang sikit bab-bab ni, tapi cuba si polan ni"

Ini paling berkesan jika anda berhadapan dengan situasi bos dan pekerja. Jika anda tidak berupaya melaksanakan apa-apa arahannya, berikan tugasan itu kepada orang lain yang lebih mahir. Selain mengelakkan pandangan negatif bos anda kepada anda, ini juga secara tidak langsung memberitahu bos anda adalah seorang yang tahu batasan anda. Selain itu, ia juga turut memberikan orang lain peluang untuk menyerlah. Win-win situation.

7 - Ekspresi muka.

Teknik ini berkesan jika digunakan pada rakan anda. Dengan ekspresi muka, anda cuma perlu membuat muka tergamam dan tidak perlu mengatakan tidak.

8 - "Tak Boleh"

Jika anda ingin meletakkan satu-satu batas dengan seseorang, gunakanlah perkataan ini. Contohnya di pejabat, mungkin anda tidak sukakan seseorang yang ingin mengorat anda. Katakan terus "Tak Boleh" supaya dia tahun anda seorang yang tegas.

- Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "