Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guarantee Letter Ditolak Semasa Mahu Membayar Bil Rawatan ? Ini 4 Sebab Yang Perlu Anda Tahu

24 Apr 2018
No Comment

Anda yang melanggan pelan Takaful mesti pernah dengar mengenai Guarantee Letter (GL) kan. Bagi mereka yang melanggan pelan Takaful, anda boleh menggunakan GL ini ketika anda dimasukkan ke hospital sewaktu hendak membayar bil perubatan.

Tapi pernah tak anda alami ataupun mendengar mengenai GL  yang ditolak oleh syarikat Takaful, padahal caruman dibayar setiap bulan. Bila tiba masanya anda nak guna pelan yang anda langgan tu, tiba-tiba pula kena tolak. Mesti rasa nak marahkan.

Tapi nanti dulu, apa kata anda baca artikel yang kami nak kongsikan kali ini, 4 sebab bagaimana GL anda ditolak ketika anda ingin menggunakannya. Buat mereka yang baru ingin dapat pelan Takaful, anda wajib baca ini.

1. Penyakit Sedia Ada Sebelum Melanggan Takaful

Sebab itulah anda amat-amat disarankan untuk melanggan pelan Takaful ketika anda masih muda dan masih sihat, bebas daripada sebarang penyakit. Anda tidak digalakkan untuk melanggan pelan Takaful ketika anda sudah pun disahkan mempunyai sesuatu penyakit kerana pelan Takaful sama sekali tidak menanggung sebarang kos perubatan untuk merawat penyakit yang sedia ada sebelum anda melanggan pelannya.

Jadi, adalah lebik baik sewaktu anda berurusan dengan syarikat Takaful, anda menjelaskan secara terperinci mengenai penyakit-penyakit yang sudahpun anda hadapi. Analoginya mudah, anda tidak boleh membeli insuran untuk melindungi kereta anda selepas kenderaan anda terlibat dalam kemalangan dengan harapan anda boleh membuat tuntutan kerosakkan tersebut.

2. Sukarela Mahu Ditahan Di Wad 

Perlu diingat bahawa pelan takaful yang anda langgan hanya boleh dituntut untuk membayar segala bil perubatan yang sudah disahkan oleh ahli perubatan sahaja. Anda juga perlu maklum bahawa kos perubatan seperti bil anda ditahan di wad akan ditanggung GL sekiranya anda ditahan dengan arahan daipada pihak doktor.

Jadi, jika anda dengan sukarela mahu ditahan di wad dengan anggapan dapat membuat tuntutan GL, anda sebenarnya silap dan berkemungkinan anda terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri.

3. Polisi Takaful Yang Luput

Masalah ini sering berlaku buat mereka yang membayar pelan Takaful ini secara manual, tidak melalui pemotongan auto-debit. Apa yang terjadi adalah, apabila anda gagal untuk membayar pelan selama beberapa bulan, pelan takaful anda menjadi luput.

Masalah akan timbul apabila anda ditimpan penyakit ketika pelan yang anda langgan sudah lupu. Maka, jangan mimpilah GL nak dikeluarkan okay.

4. Tempoh Menunggu Perlu 120 Hari

Kebanyakkan syarikat Takaful meletakkan syarat menunggu selama 120 hari sebelum anda layak untuk menggunakan GL. Dalam tempoh menunggu ini, sekiranya anda dimasukkan ke hospital atau ditahan di wad, anda tidak berhak untuk meminta syarikat takaful mengeluarkan GL atas langganan yang dibuat.

Tempoh menunggu 12 hari yang ditetapkan bertujuan untuk memastikan bahawa anda benar-benar sihat dan kesihatan anda berada dalam keadaan optimum ketika langganan di buat, bukannya disebabkan anda sudah tahu bahawa anda akan di masukkan ke hospitl, maka dengan membuat langganan Takaful, anda tidak perlu membayar bil rawatan.

Sumber : Majalah Labur
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "