Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Israel Desak Mesir Supaya Tidak Benarkan Jenazah Imam Fadi Dibawa Pulang Ke Gaza

24 Apr 2018

Israel meminta Mesir untuk tidak membenarkan jenazah imam warga Palestin, Fadi Al-Batsh yang maut ditembak di Malaysia melalui negaranya untuk dibawa pulang ke Gaza.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh media tempatan di Palestin, Avigdor Lieberman merangkap Menteri Pertahanan Israel telah menghantar ''permintaan yang sesuai dengan kaedah konvensional'', dengan tambahan bahawa ''ia tidak berada dalam kawalan Israel memandangkan pintu masuk ke Gaza dari Rafah terletak di bawah kedaulatan Mesir''.

Ujar Lieberman lagi, keputusan di buat bersesuaian dengan polisi Israel yang tidak membenarkan mana-mana jenazah anggota pergerakkan Hamas untuk dikebumikan di Semenanjung Gaza.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett pada Sabtu berikrar untuk tidak membenarkan jenazah Imam Fadi di bawa pulang ke Gaza sehinggalah anggota tentera negara haram tersebut yang ditahan Hamas dibebaskan.

Menurut rekod, Hamas sebelum ini telah menahan dua anggota tentera rejim Zionis, Avera Mengistu dan Simcha Goldin yang menceroboh masuk ke Gaza pada tahun 2014 dan 2015.

Imam Fadi yang berasal daripada Jabalia, wilayah selatan Gaza maut ditembak berdekatan rumahnya ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat Subuh pada Sabtu lalu.


Pihak Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur sebelum ini dilaporkan sedang bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan Mesir bagi membolehkan jenazah Imam Fadi di bawa pulang ke Palestin atas permintaan keluarganya.

Sumber : The Straits Time Singapore
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "