Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Langkah Yang Perlu Diambil Oleh Majikan, Sebelum Proses Buang Kerja Boleh Dilakukan

16 Mei 2017
No Comment
Foto: footage

Proses pembuangan pekerja bukanlah satu proses yang mudah, ianya perlu dilakukan dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikat, sekiranya tidak, kemungkinan besar untuk pekerja mengambil tindakan adalah wajar.

BACA: Berhadapan Situasi Dibuang Kerja Serta-Merta Oleh Majikan, Ini Hak Anda Yang Harus Anda Ketahui

Setiap pekerja sudah semestinya telah mendatangani beberapa dokumen, bila mana menerima tawaran kerja oleh majikan, atau syarikat. Ianya, turut menyatakan akan hal meletak jawatan, juga membuang kerja.

Menerusi perkongsian dari seorang peguam, iaitu Cik Nor Zabetha ini, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti, oleh majikan dalam membuang pekerja.

Mari kita baca dengan lebih lanjut akan prosedur tersebut.

Foto: thefiscaltimes

Langkah-langkah yang perlu di ambil sebelum pembuangan kerja:-

a. Langkah Pertama

Surat amaran (Bilangan surat amaran ini bergantung sama ada kesalahan masih berulang atau tidak, jadi sesebuah syarikat boleh mengeluarkan surat amaran pertama atau kedua atau amaran yang terakhir bergantung kepada SOP dalam syarikat). 

Surat amaran adalah untuk memberi amaran berkenaan tindakan pekerja yang bertentangan dengan polisi syarikat dan supaya tidak mengulanginya lagi. Sekiranya pekerja tidak mengulanginya maka tidak perlu diteruskan dengan pembuangan. Cukup setakat peringkat ini. Kadangkala teguran begini boleh mengubah tingkah laku pekerja.

b. Langkah Kedua

Sekiranya kesalahan tersebut masih berulang, syarikat akan mengeluarkan surat tunjuk sebab meminta agar pekerja memberi penjelasan terhadap tuduhan yang didakwa dalam surat tersebut. 

Syarikat perlu memberi sedikit masa yang MUNASABAH bagi pekerja memberi penjelasan kepada kesalahannya secara bertulis melalui surat jawapan tunjuk sebab. Masa yang diberikan bergantung kepada SOP syarikat. Sekiranya memberi surat balasan, pihak syarikat perlu mempertimbangkan penjelasan yang diberikan oleh pekerja tersebut. 

Sekiranya surat tunjuk sebab tidak dijawab dan/atau penjelasan yang diberikan adalah tidak memuaskan maka syarikat boleh meneruskan dengan langkah ketiga dibawah.

Bagi langkah yang kedua ini, syarikat boleh skip langkah yang pertama kalau kesalahannya benar-benar serius dan memerlukan tindakan segera.

Foto: thebalance

c. Langkah Ketiga

Sekiranya syarikat berpendapat penjelasan bagi tunjuk sebab adalah tidak munasabah atau surat tidak dijawab, syarikat boleh meneruskan dengan siasatan yang dikendalikan lembaga siasat dalaman. 

Pekerja akan hadir di mesyuarat ini untuk menjawab segala soalan berkenaan salah laku dan penjelasan-penjelasan mengenai tuduhan yang didakwa di dalam surat tunjuk sebab. 

Soal jawab adalah diantara pekerja dan panel lembaga. Semua soalan dan jawapan yang diajukan akan diminitkan dalam mesyuarat tersebut. Setelah meneliti semua keterangan semasa siasatan dalaman ini dilakukan dan jika pihak syarikat masih tidak berpuas hati. Maka boleh diteruskan dengan langkah yang keempat dibawah.

d. Langkat Keempat

Berdasarkan segala prosedur di atas syarikat boleh memberi arahan untuk membuat teguran atau penggantungan untuk sesuatu tempoh masa atau pembuangan pekerja. Sekiranya panel lembaga siasatan dalam membuat keputusan untuk pembuangan kerja. Maka notis penamatan pekerjaan tersebut haruslah berdasarkan kontrak perlantikan

Sekiranya majikan gagal untuk mematuhi salah satu dari langkah di atas, akan memberi ruang kepada pekerja mendapat pembelaan di Mahkamah Industri (melalui jabatan perusahaan) atau Jabatan Tenaga Kerja. 

Syarikat perlu lebih peka berkenaan langkah ini dan pekerja perlu tahu hak mereka. Jika masalah timbul sebelum pemberhentian dan berlaku ketidak adilan dipejabat, saya sarankan agar pekerja sentiasa membuat aduan dengan HR untuk tindakan lanjut atau aduan secara bertulis. 

Simpan rekod aduan, supaya ada pembelaan dikemudian hari. Begitu juga dengan pihak syarikat, sekiranya kesalahan pekerja itu berulang, syarikat perlu kemukaan amaran bertulis supaya ada rekod-rekod berkenaan isu ini.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "