Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tolong Sebarkan Video Saya Sehingga Sampai Ke Pihak Atasan," Bapa Runsing Anak Baru Lahir Alami Masalah Jantung Tidak Diterima Hospital Di Riyadh

16 Mei 2017
No Comment

Sejak beberapa hari lalu tersebar sebuah memaparkan seorang lelaki telah membuat naik sebuah video di mana di dalam video berkenaan memaparkan rayuan beliau selepas anaknya yang sakit belum terbela.

Video yang dimuatnaik oleh Ahmad Syihan Ismail yang merupakan pelajar Malaysia di Arab Saudi menyatakan anaknya yang baru selamat lahir dengan normal dan selepas  lima hari dilahirkan anaknya itu telah mengalami masalah saluran jantung ke paru-paru tersekat.

Bagaimana pun sehingga kini nasib anaknya belum terbela kerana tiada hospital di Riyadh yang mahu memberikan rawatan kepada anaknya itu, jadi beliau menghasilkan video berkenaan supaya sampai kepada kerajaan Malaysia untuk membantunya.

Berikut adalah video dan pesanan beliau.


PANGGILAN PENTING

Assalamualaikum, saya memohon respon kepimpinan tertinggi Malaysia atas video rakaman saya ini.

Hari Rabu yang lepas 10/5, isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat di Hospital Al-Yamamah, Riyadh, Arab Saudi. Kemudian s11/5 pihak doktor melakukan ultra sound selepas melihat gejala cynosis pada anak saya, dan keputusan mendapati anak saya mengalami saluran jantung ke paru-paru tersekat.

Justeru satu keputusan dicapai untuk segera dipindahkan ke hospital pakar di riyadh untuk melakukan pembedahan segera.



Tapi sudah hari kelima, belum ada mana-mana hospital pakar menerima anak kami untuk rawatan.

Justeru saya memohon dengan kuasa diplomasi kerajaan Malaysia dapat menyegerakan rawatan ini, sama ada rawatan sementara kemudian hantar balik ke Malaysia atau rawatan sepenuhnya disini.

Saya Ahmad Syihan Bin Ismail, pelajar tahun dua Universiti Al-Imam Riyadh, boleh dihubungi melalui whatsapp: 0199536581 atau panggilan telefon : +966557951328.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "