Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kucing Pergi ke Perapi & Akhirnya Pulang Seperti Pakai Topeng

15 Mei 2017


Kesian kucing ni. Tak pasal-pasal dia jadi macam ni sebab masalah komunikasi atau dalam bahasa inggerisnya 'communication breakdown'.

Kisah malang kucing bernama Jin Jin ini berlaku beberapa bulan yang lalu apabila ia dibawa berjumpa dengan perapi kucing.

Jin Jin sebelum.


Tuan kepada Jin Jin, Qian, berkata kebiasaannya dia akan membawa kucing itu berjumpa perapi tetapi pada waktu itu dia ada hal, menyebabkan dia terpaksa meminta pertolongan kawan.

Bagaimanapun, terjadi sedikit masalah komunikasi ketika menceritakan tentang jenis potongan bulu yang sepatutnya dibuat untuk Jin Jin.

Kebiasaannya, Jin Jin akan menerima potongan seperti singa tetapi disebabkan masalah yang berlaku, bulunya dipotong sehinggakan kelihatan seperti memakai topeng kucing.

Apabila Qian tiba di kedai perapi untuk mengambil Jin Jin, dia terkejut melihat 'perubahan' kucingnya itu.

Selepas

"Saya terkejut tukang perapi akan potong bulunya seperti itu." kata Qian kepada The Dodo sambil turut mengaku dia tidak dapat menahan rasa geli hati dengan keadaan Jin Jin.

Bagaimanapun, ia tidaklah menjadi masalah yang begitu serius buat Jin Jin kerana bulu boleh tumbuh semula.

Malah sekarang, bulu Jin Jin semakin melebat dan sudah kelihatan seperti dirinya yang asal semula.


Jin Jin semakin pulih!

Sumber: The Dodo

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "