Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Raja Swaziland Tukar Nama Negara Menjadi 'eSwatini'

23 Apr 2018
One Comment

MBABANE, Swaziland- Raja Mswati III yang merupakan raja Swaziland mengumumkan nama baru negara itu yang dikenali sebagai 'eSwatini' dalam satu sambutan meraikan 50 tahun kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial British.

eSwatini dalam bahasa tempatan Swazi bermaksud ‘tempat Swazi’ yang merujuk kepada negara yang terletak di antara Afrika Selatan dan Mozambique.

Bagaimanapun, penduduk tempatan negara itu dilaporkan mempersoalkan tindakan pemerintah mereka yang tanpa disangka menukar nama negara itu.

“Kita dapat lihat gaya autokratik Raja Mswati,” ujar Alvit Dlamini yang merupakan Ketua Kongres Pembebasan Kebangsaan, Alvit Dlamini dan juga pengkritik raja yang menaiki takhta pada usia 18 tahun tersebut.

“Beliau tidak boleh menukar nama negara ini sendiri, beliau sepatutnya merujuk kepada kerajaan,” jelasnya lagi.

Berdasarkan Program Makanan Sedunia, Swaziland mempunyai penduduk seramai 1.3 juta orang dan 63 peratus daripadanya hidup di bawah garis kemiskinan kebanngsaan.

Sumber- CNN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "