Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kenapa Orang Perempuan Perlu Ada Rumah Sendiri? Baca 4 Sebab Ini

28 Apr 2018
3 ulasan





Memiliki kediaman sendiri pasti menjadi impian setiap orang. Namun dengan harga rumah sekarang yang makin lama makin meningkat tidak semua orang mampu memiliknya. Tetapi tidak mustahil, dengan perancangan yang rapi anda juga boleh memiliki rumah sendiri sebagai aset pada masa hadapan.

Perkongsian dari Majalah Labur oleh Nursafika Amira mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda terutamanya para wanita. Jika anda mempunyai pendapatan, apa kata rancang dari sekarang untuk memiliki sebuah rumah. Usah lagi berada dalam pemikiran yang lama, terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin. Suami sudah mempunyai rumah, jadi untuk apa lagi mahu membeli rumah sendiri?

Baca 4 sebab ini untuk anda sebagai wanita memiliki rumah. Tidak rugi melabur demi masa hadapan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kemudian hari. Semoga perkongsian ini membawa manfaat.

1. Persediaan Jangka Masa Panjang

Sebagai seorang wanita yang menjalani kehidupan pada zaman kini, anda perlu lebih jauh berfikiran ke hadapan. Cuba tengok masa depan untuk tempoh masa 10 dan 20 tahun akan datang.

Sekiranya berlaku musibah atau lebih teruk lagi perceraian, sekurang-kurangnya anda ada juga tempat tinggal untuk diri sendiri dan anak-anak.


Bukan itu sahaja, jika kematian suami, dapat juga elakkan daripada pergaduhan berkenaan harta yang perlu dibahagi-bahagikan – termasuklah rumah Allahyarham suami tersebut.

2. Atasi Masalah Kewangan Selepas Berkahwin


Semua orang tahu bahawa cabaran selepas berkahwin adalah sangat berbeza daripada ketika sedang bercinta. Tidak semua keadaan menjadi indah seperti yang diimpikan.

Lebih-lebih lagi apabila menyentuh bab berkaitan dengan kewangan. Jika silap pengurusannya, boleh timbul pergaduhan dan masalah dalam rumah tangga.

Jika anda memilki rumah sendiri, anda boleh gunakan rumah tersebut untuk disewakan atau pun refinance semula untuk mendapat modal untuk memulakan perniagaan. Dengan duit tersebut, bolehlah meringankan beban kewangan keluarga.

3. Jadi Suri Rumah

Sudah menjadi impian semua wanita yang berkeluarga untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Dengan adanya rumah sendiri, anda boleh jadikannya sebagai pendapatan anda sendiri. Maka dapatlah anda jadi seorang suri rumah bagi menguruskan rumah tangga dan anak-anak.


4. Tambah Pendapatan

Dah jadi suri rumah, boleh usahakan perniagaan dari rumah seperti berniaga tudung online, buat bisnes dropship dan sebagainya.

Nak jadi full-time trader dengan menjual beli saham pun boleh.

Beruntungnya Kaum Wanita Zaman Sekarang


Secara amnya, tahap pendidikan wanita adalah lebih tinggi, mempunyai jawatan dan juga gaji yang lebih tinggi. Suami pula beri nafkah setiap bulan, jadi apakah alasan untuk anda tidak boleh beli rumah sendiri?

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini www(dot)updatebetting(dot)com
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam

  2. Lagi Cari Bandar Togel Online Dengan Games Lainya Yang Lengkap ?
    Tapi Gak Tau Situs Mana Yang Bisa Di Percaya ?
    Daftar Di : HTTP://AREATOTO.NET
    Minimal Deposit Rp.20.000,-
    Minimal Withdraw Rp.50.000,-
    Lengkap 1 Userid Dapat Bermain :
    Togel, Taruhan Bola, Live Casino & Sabung Ayam
    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2-3 Menit
    Perlayanan Terbaik ( Di Layani CS Yang Ramah )
    Website Online 24 Jam / Setiap Harinya
    Daftarkan Sekarang Juga : HTTP://AREATOTO.NET

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "