Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jual Makanan Haiwan Beracun, Dua Peladang Dipenjara Sebabkan Lebih 100 Ekor Kambing Mati

28 Apr 2018

Dua peladang di Selatan China dipenjara gara-gara tindakan mereka menjual makanan haiwan (pokok leek) beracun kepada peladang lain hingga menyebabkan 120 ekor kambing mati.

Meng Wenguang dan Meng Fanjiang yang berasal dari Shenyang, wilayah Liaoning, menggunakan racun phorate, sejenis racun bertoksik yang diharamkan di China sejak 2002 untuk mengawal penyakit dan serangga yang boleh merencatkan tanaman leek mereka.

Apabila pokok leek tersebut matang, seorang pengedar, Dong Shoujun telah membeli sebanyak 300,000 kg leek daripada Wenguang dan Fenjiang. Shoujun kemudian mengedarkan pokok leek itu kepada penternak-penternak yang lain.

Beberapa ekor kambing yang memakan tumbuhan tersebut kemudian ditemui mati bergelimpangan. Menurut penyiasat, sekurang-kurangnya 250,000 kg pokok leek tersebut sudah dicemari dengan racun berbahaya itu.

Pihak berkuasa juga menjelaskan bahawa kedua-dua tertuduh juga telah membayar pampasan kepada mangsa sebanyak USD 29,700 (RM 116,394) kepada penternak tersebut.

Seorang lagi penternak yang membeli pokok leek itu turut melaporkan bahawa kehilangan sebanyak 80 ekor kambing selepas ternakan mereka memakan pokok leek beracun itu.

''Kami sudah pun menggunakan pokok leek sebagai makanan ternakan kami sejak 10 tahun yang lalu,'' kata salah seorang penternak yang menjadi mangsa.

Wenguang dijatuhi hukuman penjara selama 7 bulan dan didenda 80,000 Yuan (RM 49,486) manakala Fanjiang dipenjara selama 6 bulan dan didenda sebanyak 50,000 Yuan (RM 30,928).

Kes kematian ternakan tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penternak di China yang turut menggunakan pokok peek sebagai makanan untuk haiwan mereka.

Para penternak mendesak kerajaan memantau dengan lebih ketat ladang-ladang para pengusaha yang mengusahakan perniagaan tanaman makanan ternakan haiwan supaya perkara sama tidak berulang.

Sumber : China Daily
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini www(dot)updatebetting(dot)com
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam

  2. Lagi Cari Bandar Togel Online Dengan Games Lainya Yang Lengkap ?
    Tapi Gak Tau Situs Mana Yang Bisa Di Percaya ?
    Daftar Di : HTTP://AREATOTO.NET
    Minimal Deposit Rp.20.000,-
    Minimal Withdraw Rp.50.000,-
    Lengkap 1 Userid Dapat Bermain :
    Togel, Taruhan Bola, Live Casino & Sabung Ayam
    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2-3 Menit
    Perlayanan Terbaik ( Di Layani CS Yang Ramah )
    Website Online 24 Jam / Setiap Harinya
    Daftarkan Sekarang Juga : HTTP://AREATOTO.NET

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "