Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Dua Korea Sepakat Tamatkan Perang Korea Berlarutan Lebih 68 Tahun Secara Rasmi

28 Apr 2018

Kedua-dua pemimpin negara yang sedang bertelagah, Korea Utara dan Korea Selatan berjaya mencapai persetujuan untuk menamatkan Perang Korea yang berlarutan lebih daripada 68 tahun secara rasminya.

Dalam pertemuan bersejarah yang menemukan Presiden Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, kedua-duanya bersetuju bahawa pentadbiran mereka akan bekerjasama ke arah keamanan di semenanjung Korea dengan pengumuman rasmi penamatan perang tersebut dijangkan akan diumumkan tahun ini.

Kim dan Moon bersetuju untuk saling bekerjasama dan mewujudkan 'Zon Keamanan' di sempadan yang memisahkan kedua-dua negara sebelum ini.


Menurut rekod, Perang Korea meletus pada tahun 1950 yang menyaksikan sebarang pertempuran angkata bersenjata antara kedua-dua negara tamat tiga tahun kemudian. Namun, penamatan perang tersebut tidak pernah diisytiharkan secara rasmi menjadikan kedua-dua negara masih dalam kedudukan berperang hingga ke saat ini.

Dalam pertemuan kali pertama sejak lebih dari sedekad yang lalu, kedua-dua belah pihak yang bertelagah mengumumkan bahawa mereka akan membuat satu perjanjian untuk mewujudkan kemanan yang 'tetap' dan 'kukuh' di semenanjung Korea.

''Kedua-dua pemimpin membuat pengumuman di hadapan bangsa kita seramai 80 juta dan seluruh penduduk dunia bahawa tiada lagi perang di Semenanjung Korea dan era baru akan bermula,'' kata jurucakap pertemuan tersebut.

Kenyataan tersebut turut merangkumi perjanjian untuk mengurangkan aktiviti ketenteraan, mengelak daripada melakukan tindakan keganasan, menukar status Zon Bebas Tentera (DMZ) kepada Zon Aman, dan perbincangan pelbagai hala dengan negara lain seperti Amerika Syarikat (AS).


Kim dan Moon juga mengumumkan pihaknya akan mengadakan perbincangan 3 hala dengan Washington dan perbincangan 4 hala dengan Beijing dalam usaha mereka mewujudkan Perjanjian Keamanan.

Mereka berharap pengumuman rasmi terhadap penamatan perang tersebut dapat dibuat menjelang penghujung tahun ini. Moon juga dijangka akan melawat Pyongyang dalam musim luruh ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada pertemuan tersebut akan membincangkan isu penamatan perang ini.

Presiden AS, Donald Trump ketika mengulas pertemuan tersebut berkata, beliau kini menumpukan terhadap pertemuannya dengan Kim dan berharap ia bakal menjanjikan hasil yang positif.

''Bagaimanapun kami tidak akan mengulang kesilapan yang dibuat dalam pertemuan lalu. Tekanan secara berterusan akan dibuat sehingga seluruh aktiviti nuklear dihentikan,'' tambahnya.




Sumber : The Independent
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini www(dot)updatebetting(dot)com
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam

  2. Lagi Cari Bandar Togel Online Dengan Games Lainya Yang Lengkap ?
    Tapi Gak Tau Situs Mana Yang Bisa Di Percaya ?
    Daftar Di : HTTP://AREATOTO.NET
    Minimal Deposit Rp.20.000,-
    Minimal Withdraw Rp.50.000,-
    Lengkap 1 Userid Dapat Bermain :
    Togel, Taruhan Bola, Live Casino & Sabung Ayam
    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2-3 Menit
    Perlayanan Terbaik ( Di Layani CS Yang Ramah )
    Website Online 24 Jam / Setiap Harinya
    Daftarkan Sekarang Juga : HTTP://AREATOTO.NET

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "