Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Percaya Isteri Terkena Gangguan Mistik, Sudahnya Meninggal Akibat Jangkitan Kuman Di Otak, Doktor Kongsi Pengalaman Di Bilik Bedah

15 Mac 2018
3 ulasan

Baik perubatan moden mahu pun perubatan alternatif, kedua-duanya menuju matlamat yang sama, iaitu menyembuhkan penyakit, mencegah daripada berlakunya penyakit, dan menambah baik tahap kesihatan atau sekurang-kurangnya mengekalkan kesihatan yang sedia ada.

Tidak salah, kerana  kadangkala perubatan alternatif dapat menyembuhkan penyakit yang tidak dapat dirungkai mengikut logik perubatan moden. Namun, apa yang dirisaukan adalah isu keselamatan dan keberkesanan rawatan alternatif yang digunakan dalam mencegah atau merawat penyakit-penyakit tertentu.

Perkongsian pengalaman di bilik bedah oleh doktor Zaid Zolkipli melalui laman facebooknya, boleh dijadikan renungan buat semua di luar sana. Berhadapan dengan satu kes potmortem seorang perempuan muda yang dikatakan mengalami gangguan mistik, tetapi setelah dibedah siasat dijalankan sebab kematian adalah berpunca dari jangkitan kuman di selaput otak.

Lebih menyedihkan, wanita itu baru sahaja melahirkan bayi sulungnya beberapa bulan lalu. Apa yang membuatkan doktor ini terkilan bukanlah disebabkan suaminya membelakangkan rawatan moden dan membawanya berjumpa 'ustaz', tetapi  sikap tidak bertanggungjawab pengamal perubatan alternatif yang begitu berani mengendalikan pesakit yang ternyata bukan dalam bidang pengetahuan mereka.

Jom kita ikuti kisah ini. Moga dapat memberi manfaat dan dijadikan pengajaran untuk semua.

KORBAN MISTIK

Saya pernah menerima satu kes postmortem seorang perempuan muda berusia lingkungan awal 20an yang baru beberapa bulan melahirkan bayi pertama mereka.

Sebelum proses bedah siasat, saya menemubual suami arwah berkaitan sejarah penyakit dan penyakit terkini. Katanya, si isteri tidak mempunyai sebarang penyakit kronik ataupun kritikal.

Beberapa minggu sebelum kematian, kesihatan arwah sedikit demi sedikit terjejas. Beliau mengalami demam berpanjangan. Tubuh menjadi lemah dan tidak bermaya. Susut berat dengan banyak. Selera makan berkurangan. Arwah juga kelihatan murung, menyendiri dan tidak ceria.

Suami dan keluarga telah mengambil inisiatif dengan membawa arwah berjumpa dengan ustaz dan juga beberapa pengamal perubatan alternatif. Rata rata mereka memberikan penjelasan yang hampir sama. Simati telah didampingi oleh gangguan mistik yang menyebabkan perubahan pada sikap dan tahap kesihatannya.


Beberapa kali mereka membawa arwah berubat, namun keadaanya tidak banyak berubah. Bahkan, arwah menjadi bertambah teruk. Kemuncak kepada ini, arwah mula meracau racau, bertindak agresif dan gagal untuk menjaga bayi yang baru berusia beberapa bulan itu.

Pihak keluarga telah membawa arwah ke hospital, dan beliau telah dimasukkan ke wad. Arwah dirawat sebagai 'Post Partum Depression' lebih kurang gila meroyan. Beliau diberikan ubat dan dimasukkan air sebagai supplements.

Walaubagaimanapun, arwah sempat mendapatkan rawatan Hospital kurang 2 hari dan keluarga memutuskan untuk membawa nya pulang bagi meneruskan rawatan dengan 'ustaz'

Beberapa hari selepas itu, beliau dah berada di atas meja bedah siasat saya. Saya tanpa prejudis telah bertanya kan kepada suami, bagaimanakah perasaan beliau terhadap kematian isteri semasa mendapatkan rawatan perubatan alternatif? . Beliau kelihatan tenang dan redha, mengatakan bahawa ini adalah takdir dan penyakit arwah memang tidak dapat di sembuh kan.

Gambar Hiasan

Saya berasa terkilan terhadap perjalanan kes ini. Terkilan bukan kerana beliau membelakangkan rawatan moden dan berjumpa ustaz. Rawatan moden pun tiada jaminan sembuh 100% Bahkan saya sudah benarkan ramai pesakit yang mengambil risiko untuk keluar hospital bagi mendapatkan rawatan alternatif, lebih lebih bagi penyakit batu karang, sakit sendi ataupun patah tulang.

Dalam kes ini, saya terkilan kerana arwah tidak dapat membuat keputusan sendiri mengenai rawatan yang diperlukan nya, tetapi keputusan dibuat olah suami dan keluarga. Si anak yang masih bayi kehilangan si ibu tanpa sempat merasa kasih sayang nya.

Saya juga terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab pengamal perubatan alternatif yang begitu berani mengendalikan pesakit yang ternyata bukan dalam bidang pengetahuan mereka, sambil menaburkan fakta fakta yang diragui kesahihan nya

By the way, laporan bedah siasat mendedahkah jangkitan kuman di selaput otak (meningitis)

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    Kontak bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "