Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ramai Yang Tak Gembira Dengan Kerjaya Bukan Pilihan Sendiri", Persoalannya, Berbaloikah Memperjudikan Masa Depan Yang Tak Direstui ?

15 Mac 2018
Pentingnya restu ibu bapa itu terletak pada setiap perbuatan yang kita lakukan.  Tak kira daripada hal yang paling kecil sehingga yang paling besar apatalah lagi perkara yang melibatkan masa depan anak-anak mereka.  Setelah melalui jerih perih membesarkan anak-anak, setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk mereka dan berjaya dunia serta akhiratnya.

Namun, ada juga diantara kita yang tidak mendapat restu daripada ibu bapa apabila ingin melakukan sesuatu yang dirasakan baik untuk dirinya.  Memang orang tua tahu apa yang terbaik buat anak-anaknya, walaupun berat untuk mereka mengiyakan sesuatu keputusan yang tak direlakan, tapi doa masih utuh mengiringi.

Faizul Ridzuan, berkongsi melalui Facebook miliknya tentang isu ini yang dianggap penting kerana telah berjumpa beberapa orang yang menyatakan hasrat terpaksa menghentikan cita-cita kerana tidak mendapat restu orang tua.  Ikuti perkongsiannya dibawah ini semoga membuka mata kita untuk terus melangkah jauh, mencapai matlamat dan selalu meyakinkan orang tua kita bahawa doa yang mengiringi itu bermakna untuk mencapai kejayaan.

KISAH RESTU DAN MASA DEPAN
Salam semua. Baru baru ni berjumpa dengan seorang klien yang datang ke sesi 1on1. Beliau ada kerja yang okay, gaji yang bagus, tapi beliau tak gembira sebab kerja yang beliau buat bukanlah passion beliau.

Saya tanya kenapa beliau masuk bidang tersebut, dan jawab beliau itulah bidang yang direstui oleh ibu-bapa beliau. Saya tanya beliau, berbaloikah dapat restu ibu-bapa, tapi korbankan kemahuan sendiri? Beliau diam sahaja, tunduk melihat lantai. Saya tunjukkan cara macammana beliau nak bina portfolio lebih RM1juta yang boleh bantu beliau berhenti kerja lepas 7-8 tahun, beliau berterima kasih kepada saya dan beredar. Saya tak tahu beliau akan bina portfolio yang saya cadangkan kalau beliau tak dapat restu dari parents beliau.

Saya terpanggil berkongsi perspektif ini sebab ini bukan kali pertama saya berjumpa mereka yang hari ini tidak gembira dengan kerjaya mereka sebab ianya bukan pilihan mereka sendiri, terutamanya dikalangan orang Melayu. Mereka pilih untuk dapatkan restu dan korbankan kemahuan mereka sendiri. Mereka takut tidak dapat restu dan akibatnya mereka akan gagal.

Realitinya, ramai orang yang mengubah dunia hari ni, buat tanpa restu ibu-bapa mereka pada permulaan. Saya bagi contoh :



1. Ayah Bill Gates, mahukan beliau menjadi peguam juga. Bill Gates, tak mahu dan drop out dari Harvard untuk bina Microsoft. Hari ni, beliau merevolusasikan industri personal computing, dan antara individu paling berpengaruh di abad ke-21. Bayangkan kalau beliau follow buta buta pendapat ayah beliau?



2. Steve Jobs, sepatutnya buat degree dalam literature di Reed college. Beliau adalah anak luar nikah, dan ibu kandung beliau mahukan beliau masuk ke kolej. Beliau drop out, dan mulakan Apple Computers. Bila beliau mati, Apple merupakan syarikat paling bernilai di dunia.



3. Tony Robbins, ada ibu yang mengambil dadah dan ketagihan alkohol. Beliau pernah dipaksa minum sabun basuh baju. Beliau kini adalah life coach paling berjaya dan paling memberi impak kepada jutaan orang. Kalau tunggu restu ibu beliau, memang semua pun tak boleh.



4. Lelaki ke-4 yang macam bangla tu, ibu beliau mahu beliau masuk kerja kerajaan, dan ayahnya mahu dia terus jadi programmer. Dia degil, jadi anak durhaka kejap sebab tak mahu dengar pendapat ibu-bapa. Hari ni, beliau dah mendidik berpuluh ribu orang untuk jadi lebih celik kewangan dan meninggikan pemilikan hartanah di kalangan bumiputera dan orang muda.

Wahai ibu-bapa sekalian, kalau anak-anak anda degil dan keras kepala mahu follow idea mereka, asalkan tak melanggar undang-undang dan agama, jangan halang mereka. Sebab mereka ada 40-60 tahun lagi untuk hidup, dan amatlah sedih kalau mereka hidup tak gembira semata-mata untuk penuhi impian anda. Lebih sedih, bila kerjaya yang anda pilih untuk mereka, akan kena impak besar dari kesan robotik dan automation dan mereka hilang pekerjaan waktu umur 40-an. Tahukah anda, lebih dari 40% dari kerjaya yang ada hari ini, akan digantikan dengan robot ( law, medical, dan banyak lagi ) dalam 20 tahun sahaja? Dan tahukah anda ramai Youtuber hari ini, boleh jana pendapatan 6-angka dan mereka masih habis bersekolah? The world is changing, and we need to change our box and our views too.



Kisah ayah Jim Carrey ( pelakon, comedian ) bagi memang sgt terkesan. Ayah beliau boleh jadi komedian yang hebat, tapi pilih kerja yang selamat, dan pilih untuk jadi akauntan. Dan waktu Jim Carrey berumur 12-tahun, ayah beliau diberhentikan oleh apa yang sepatutnya, merupakan kerjaya yang selamat. Kesannya pada Jim Carrey sgt dalam, dan beliau berkongsi yang :

"You can fail at what you dont want and dont like, So might as well take a chance and doing what you love" - Jim Carrey

Kawan-kawan, this is your life. Dont blame your parents for the choice that you make. You can say no to them, tapi cakap elok elok dan jelaskan kenapa pentingnya anda buat apa yang anda bakal nak buat. Mereka risau yang kita buat keputusan yang salah, dan mereka sayang kan kita. They want whats the best for us. Tapi the world is changing, and they might not see it from your eyes.

Dan kadang kadang anda tak dapat restu, jalan terus selagi tak langgar hukum agama dan undang undang. Hari ni, lelaki no.4 tu, ibu-bapa beliau berbangga dgn beliau, walaupun waktu permulaan tak dapat restu.

p/s : Ini bukan post nak galakkan anak menderhaka. Sekadar berkongsi pandangan dan cerita.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    Kontak bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "