Masih ramai lagi orang yang bertimbang rasa dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan di Philippines. Status dilaman Facebook milik seorang wanita bernama Jonee Canada telah mendapat 30,000 likes dan lebih 5,000 shares selepas berkongsi pengalamannya berdepan dengan satu situasi yang menyentuh hati dan menarik ribuan perhatian netizen.
Menurut Canada, dia telah menyaksikan pengembaraan pertamanya mengembara disekitar Calamba - Binan Hiway dengan satu kejadian yang sangat menyentuh hati. Selama perjalananya menaiki pengangkutan tersebut, terdapat seorang kanak-kanak lelaki duduk dihadapannya berpakaian sekolah dengan muka yang sugul.
Datang pemandu bas tersebut untuk mengutip tambang, namun reaksi kanak-kanak tersebut meruntun hatinya.
"Pak cik, wang tambang saya tidak cukup dan hanya ini sahaja yang saya ada."
"Itu sahaja yang kamu ada?" tanya pemandu bas itu semula.
"Kamu simpan sahaja duit itu dan gunakan untuk perkara yang lebih penting. Jangan bergaduh dengan rakan sekelas yang lain" kata pemandu bas itu.
Kanak-kanak tersebut tersenyum girang. Riak muka kanak-kanak itu tanpa sengaja membuatkan hati Canada tersentuh sehingga mengalirkan air mata. Dia berharap agar ramai lagi yang mempunyai sikap berperikemanusian seperti pemandu bas ini.
Siakapkeli.my
Sumber: Facebook Jonee Canada
Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
BalasPadamInfo lanjut 7ACD8560
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadamKontak bbm 5ee80afe
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877