Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Biarkan Stres Terus Mengganggu Anda, Doktor Kongsi Teknik Mudah Untuk Tangani Tekanan Secara Sihat

26 Mac 2018
One Comment

Tekanan atau stres sememangnya akan terjadi kepada semua orang di dunia ini. Stres merupakan tekanan perasaan atau gangguan emosi yang berlaku kesan tindak balas sesuatu perkara yang berlaku di luar kebiasaan atau kemampuan seseorang atau disebabkan sesuatu beban yang menimpa mereka.

Apabila berlaku stres, badan menghasilkan hormon adrenalin dan cortison yang menyebabkan jantung berdegup lebih laju, pernafasan lebih kencang dan tekanan darah meningkat.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan stres. Punca stres berkait rapat dengan persekitaran seseorang seperti masalah keluarga, kewangan, rakan, tempat kerja dengan majikan atau rakan sekerja, masalah kesihatan seperti penyakit kanser, masalah kesuburan, kematian atau perpisahan, kesesakan lalu lintas dan terlampau banyak kerja.

Entri kali ini berkongsi tentang teknik mudah untuk menghilangkan stres secara sihat yang ditulis oleh Dr. Ezairy M.Sallih di laman facebooknya.

Mari ikuti perkongsian berguna ini dan semoga bermanfaat.


10 TEKNIK MUDAH HILANGKAN STRES SECARA SIHAT

Pernahkah anda mengalami stres dan tekanan yang susah hendak dikawal?

Beban kerja terlalu banyak? Kerenah anak-anak dirumah? Perangai rakan sekerja? Letih dan tak tahu nak cari penyelesaian.

Cuba lihat 10 perkara ini.

1. Elakkan Alkohol, dan Nikotin.

Elakkan, atau sekurang-kurangnya mengurangkan, penggunaan nikotin dan sebarang minuman yang mengandungi alkohol. Nikotin adalah perangsang serta akan meningkatkan tahap stres dan bukan mengurangkannya.


2. Menikmati Aktiviti riadah sihat

Keadaan tertekan dan stres akan meningkatkan tahap hormon tekanan seperti adrenalin dan kortisol dalam badan anda. Lakukanlah beberapa aktiviti sihat dan riadah di luar rumah. Selain membantu menyeimbangkan hormon level ini, ia juga dapat memastikan anda mendapat tidur yang cukup.

3. Dapatkan Tidur Yang cukup

Kekurangan tidur adalah penyebab utama tekanan. Malangnya, tekanan juga mengganggu tidur kerana pemikiran sering terganggu oleh masalah dan menghalang kita daripada cukup santai untuk tidur.


4. Cuba ‘Relaxation technique’

Setiap hari, cuba berehat dengan teknik pengurangan stres. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan jadi cuba sedikit dan lihat apa yang paling sesuai untuk anda. Salah satu contoh mudah ialah bermain untuk kawal pemikiran anda. Ingat satu perkataan yang membina untuk diri anda seperti ‘tenang’, ‘kuat’, atau satu ayat seperti ‘Allah cipta aku sebaik-baik umat’, ‘Aku ini orang yang sangat hebat’... kata-kata ini perlu anda ingat dan fokus apabila anda berhadapan dengan apa-apa situasi tertekan. Relaks, bertenang, pejam mata dan fokus kepada kata-kata ini. Jangan fikir perkara lain.

5. Bercakap dengan Seseorang

Hanya bercakap dengan seseorang mengenai perasaan dan masalah anda boleh membantu diri anda.

Bercakap serta meluahkan boleh membantu mengalihkan perhatian anda dari pemikiran yang menimbulkan tekanan serta stres atau membebaskan beberapa ketegangan yang ada secara perbincangan dan bertukar idea.


6. Simpan Diari Stres

Melakukan ‘Stress diary’ adalah alat pengurusan tekanan yang berkesan kerana ia akan membantu anda untuk lebih menyedari situasi yang menyebabkan anda menjadi tertekan. Tulis pada buku tersebut bila anda mula mendapat tekanan, apa punca dan bagaimana stres tersebut berjaya diselesaikan. Tulis sekali skala stres tersebut. Ini sebenarnya akan membantu anda untuk menangani stres dan tekanan yang dihadapi pada masa mendatang.

7. Bertenang

Tekanan boleh dicetuskan oleh masalah yang mungkin di permulaan kelihatan mustahil untuk diselesaikan. Belajar bagaimana mencari penyelesaian kepada masalah anda akan membantu anda untuk mengurangkan tahap stres anda. Bertenang kunci utama.


8. Menguruskan Masa Anda secara bijak

Pada suatu-suatu masa, kita semua mungkin merasa terlalu dibebani oleh senarai 'To Do' dan ini adalah penyebab utama tekanan. Ya, anda tidak boleh melakukan semuanya sekaligus dan mulalah memberi keutamaan dan bijak menguruskan tugas anda.

9.Berani untuk berkata ‘No’

Kita akan jadi stres dan tertekan kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam satu-satu masa. Beranilah berkata tidak kepada sesuatu arahan yang dirasa tidak mampu dilakukan pada masa tersebut, fokus dan selesaikan satu kerja terlebih dahulu.


10.Rehat yang cukup

Kita akan jadi cepat letih apabila tidak mendapat rehat yang cukup. Dalam keletihan, dengan emosi yang tidak stabil, apa-apa perkara tidak elok boleh berlaku. Tekanan dan stres akan datang pada bila-bila masa. Dapatkan dan pastikan mendapat rehat yang cukup untuk mendapat emosi yang stabil.

*Sebagai umat Islam, saya tambah nombor 11. Ini paling penting. Cari dan kembalilah kepada Maha Pencipta. Banyakkan zikir, tingkatkan solat-solat sunat dan baca Al-Quran. Hati yang bersih pasti akan tenang dengan melakukan amalan ini. InshaAllah.

Sumber- Dr. Ezairy M.Sallih
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "